Pejam celik , pejam celik , pejam celik " jangan pejam celik lepas tu tak celik - celik dah ( gurau je ) " Kita dah nak sampai Ramadhan ke - 19 . Esok dan masuk Ramadhan ke - 20 dan start la 10 malam terakhir yang mempunyai malam yang melipat kali ganda iaitu LAILATUL QADAR .
King Biru mengharap sangat - sangat dapat Lailatul Qadar nie . Pahala dia menyamai 1000 bulan iaitu 83 tahun . Tetapi hari ini King Biru bukan nak bercerita tentang FADHILAT RAMADHAN ataupun FADHILAT QADAR tetapi berkenaan dengan SAHABAT SEJATI .
Nak cari sahabat sejati nie bukannya perkara yang SENANG ye . Tersalah memilih sahabat , terjunamlah ke lembah kemaksiatan . Kita kena tengok cara dia dan apa yang sepatutnya ada pada seorang sahabat sejati tu .
King Biru tahu , semua orang mesti memiliki sahabat sejati bukan ? Sedangkan King Biru pun ada . Alhamdulillah , kami masih lagi berhubung antara satu sama lain walaupun sering kali bergaduh . Bukan bergaduh tumbuk menumbuk tu ye .
King Biru memang bersyukur sangat dapat sahabat sejati macam diaorang . Tetapi satu je King Biru takut , sekarang King Biru bersama dengan sahabat King Biru akan menduduki Peperiksaan SPM . After SPM King Biru takut tak dapat berhubung macam di sekolah dan di dalam kelas seperti selalu .
Itu yang membuatkan King Biru berasa takut . Biasalah after sahaja exam SPM semua bawa haluan masing - masing . Tetapi King Biru mengharap sangat - sangat persahabatan King Biru dengan sahabat - sahabat King Biru tidak berpecah seperti mana kami semua berpecah mengikuti haluan masing - masing .
King Biru tertarik dengan perkataan ini :
" Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan ,Mendahulukan atas nama kebajikan , Menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran ,Menegur kelemahanmu atas nama kebaikan ,Memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan ,Ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & SAHABAT SEJATI yang sukar di cari ganti ... "
Itulah ayat yang membuatkan King Biru menitiskan air mata bila teringat ragam sahabat - sahabat King Biru yang suatu hari nanti akan berpisah . Memang rasa sedih yang teramat sangat .
Bila sampai masanya kami melangkah alam pekerjaan , mesti King Biru akan teringat akan gurauan sahabat - sahabat King Biru semasa di bangku sekolah menengah dahulu .
Jadi kepada yang memiliki sahabat tu , King Biru ingin berpesan bahawa jangalah sahabat anda semua , jangan berpecah belah . Hargailah sahabat - sahabat anda .
TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati . Dalam 2 hati diberikan 3 rasa iaitu SAYANG , KASIH dan KASIHAN . Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan iaitu BERKENALAN , BERTEMAN , BERKAWAN dan BERSAMA .
Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan iaitu TEMAN BAIK SELALU DI SISI . Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu SAYANG , KEKAL , SETIA , MENGERTI MENGHARGAI dan MENGINGATI .
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :
SAHABAT
selamat pagi,, blogwalking,, nice post.. sahabat sejati memang mesti sehidup semati,..
BalasPadamvisit back ;)
Selamat petang ... hehehehe ... Thank you =) ... betul betul betul ... =)
Padam