Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan Part 2
Sorry korang . Hari ini King Biru lambat sikit update blog nie . Ada kerja sedikit tadi . Semalam King Biru dah ceritakan hari pertama King Biru menjejakkan kaki di hotel tersebut kerana menghadiri satu pertandingan peringkat kebangsaan .
Bagi korang yang tak sempat nak baca entry King Biru pada hari semalam , korang boleh klik di PART 1 . Jangan lupa baca bagi yang belum membacanya .
Hari ini King Biru akan menceritakan tentang HARI PERTANDINGAN berlangsung dan ada aktiviti tambahan selepas pertandingan tersebut . Mengikut cerita semalam King Biru merupakan peserta yang ke 23 daripada 30 . Memang lama nak tunggu dekat situ .
Apa yang King Biru buat adalah keluar dan masuk dewan tersebut . Di sebabkan terlalu BERDEBAR walaupun peserta yang ke 23 tetapi rasa macam peserta yang pertama je . Time sarapan tu pula , tengok makanan semuanya sedap - sedap .
Tetapi pada waktu itu , King Biru langsung tidak ada selera untuk makan pun . Bukan apa terlalu berdebar sangat - sangat . Selera pun dah hilang la . Pada waktu sarapan tu juga " macam dah terlompat cerita je nie " , King Biru ada kenal dua orang peserta yang mewakili Negeri SELANGOR .
Pada masa yang sama , terus jadi rapat . Kalau selalunya King Biru akan berkepit dengan peserta Terengganu tu . Tetapi bila diaorang kenal King Biru dengan kawan sebilik King Biru , terus jadi SAHABAT . Memang rapat sangat - sangat masa tu . Macam dah kenal lama .
Bila dah tiba waktu King Biru untuk lontarkan hujah - hujah yang bernas kepada sidang penonton dan para juri . King Biru buat yang terbaik . Waktu nie baru sahaja PERINGKAT SEPARUH AKHIR . Dekat peringkat kebangsaan , ada dua peringkat . Satu peringkat separuh akhir dan kedua peringkat akhir .
Ini suasana waktu sarapan pagi .
Inilah dua peserta yang mewakili Negeri Selangor yang King Biru perkatakan tadi .
Yang pakai baju warna BIRU tu nama dia NURIL .
Dan yang pakai baju warna PUTIH tu nama dia HALIL . Diorang memang baik .
Inilah dia Pentas Separuh Akhir .
Ini pula sewaktu makan tengahari .
Bila dah habis sahaja King Biru berpidato time tu . Kawan King Biru daripada Negeri SARAWAK iaitu FAIZAN ajak kami semua pergi ke KOLAM RENANG . Memang excited masa tu . Nak tenangkan fikir dekat situ .
Ini waktu di kolam renang . Yang mengajak tu budak yang di tengah - tengah tu nama dia Faizan .
Memang seronok time nie . Sorry la ada satu nie je gambar .
Bila dah puas berenang dan berendam di dalam kolam tersebut , kitaorang pun baliklah ke bilik masing - masing untuk bersiap makan petang pula . Tetapi dekat kolam renang , diaorang boleh tinggalkan King Biru seorang di kolam tersebut . Dah sampai bilik , apa lagi diaorang semua kena sembur dengan King Biru .
Ini waktu nak pergi makan petang . Maaf ye gambar agak kabur . Hehehe ...
Ini pula time nak pergi makan malam pula . Nak dengar keputusan juri 10 peserta terbaik yang layak pergi ke peringkat akhir .
Ini adalah peserta - peserta pidato .
Sebelum makan , snap picture dahulu .
Dah siap makan . Perut pun dah hilang rasa lapar . Tibalah saat di tunggu - tunggu iaitu 10 peserta pidato terbaik yang akan layak ke peringkat akhir . Memang King Biru berdebar sangat dah time nie . Rasa macam nak keluar je dari situ .
Bila pengerusi majlis dah sebut nama peserta yang layak tu dan nama King Biru ada sekali , King Biru rasa macam mimpi seketika . Macam tak percaya . Memang seronok sangat - sangat masa tu . Kenagan yang sukar bagi King Biru untuk dilupakan .
Inilah muka - muka 10 peserta pidato terbaik yang dipilih untuk ke peringkat akhir .
Satu , Dua , Tiga , buat gaya Free Style .
Memang kelakar time nie .
Terbaik .
Begitulah cerita Part 2 yang King Biru kongsikan kepada korang semua . Banyak sangat kenagan dalam cerita ini . Mana taknya , King Biru first time menjejakkan kaki ke peringkat Kebangsaan ini . Bukan senang untuk sampai ke tahap ini . Tetapi King Biru tetap bersyukur dengan rezeki yang di berikan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan