Bercuti di Temerloh
Semalam King Merah pergi bercuti dengan kawan- kawan King Merah dari Temerloh sendiri untuk mengajak King Merah pergi ke tempat - tempat yang agak menarik .
Pada mulanya , King Merah dah rancang untuk datang ke Temerloh untuk berjumpa kawan King Merah di sana yang bernama SYAFIQAH ( EFFI ) dan INTAN yang sekian lama tidak berjumpa . Mana taknya waktu kecil dahulu mereka merupakan jiran - jiran King Merah semasa family King Merah duduk di quartes Hospital dahulu .
Sekarang kedua - dua kawan King Merah berpindah ke Temerloh dan menetap di sana . Kami semua ibarat adik beradik . Mana taknya sejak kecil lagi memang dah rapat . Tadika satu tempat , main di tamat selalu bersama , bila masuk sekolah rendah kelas pun sama , memang kami tidak boleh pisah .
Tetapi apakan daya semua tu tak panjang . Macam King Merah cakap tadi mereka berdua berpindah ke Temerloh . Semalam apa yang King Merah rancangkan semuanya menjadi . Memang seronok sangat semalam .
Bila dah sampai dekat stesen bas tu . Apa lagi tunggu kawan King Merah la pula . Ingatkan dah sampai awal daripada King Merah , rupa - rupanya datang lewat daripada King Merah . It's ok . Kawan yang King Merah tunggu tu nama dia EFFI .
Bila dia dah sampai , tunggu pula lagi seorang nama dia INTAN . Lama sangat menunggu sampai satu tahap King Merah ajak kawan - kawan King Merah gerak dulu .Tak lama lepas itu , si Intan tu terkejutkan King Merah dari arah belakang . Nasib baik tak bagi SIKU King Merah yang agak tajam nie . Ingat siapa la masa tu .
Bila semua dah ada , apa lagi pergilah melantak dahulu . Memang pagi tu memang King Merah lapar sangat - sangat . King Merah cakaplah dekat diaorang yang King Merah dah lama tak makan PIZZA . So , diaorang pun ajak la makan Pizza . Memang seronok sangat - sangat .
Ini EFFI dan INTAN .
Kuat betul diaorang makan . Pizza besar benor . Benda tu je King Merah belanja diaorang .
Ambil nok . Dah belanja tu , tengok bil RM 108.10 . Terkezut orang King Merah di buatnya .
Dah siap pergi makan Pizza sampai habis duit RM 108.10 . King Merah dan kawan - kawan King Merah pun pergilah berjalan - jalan satu bandar Temerloh tu . Tengok baju la . Tengok seluar la . Tengok jam la . Macam - macam la pergi tengok .
Lepas tu boleh pula singgah kedai ikan . King Merah memang suka bela ikan pun . Tengok ikan berenang memang dapat menenangkan fikiran . Tengok akuarium yang dijual siap ada rumput - rumput dan segala macam benda , menambahkan keinginan King Merah untuk membelinya .
Tetapi apakan daya , King Merah kenalah berjimat - cermat . Maybe bulan depan King Merah beli akuarium tu . Memang King Merah tak sabar sangat - sangat dah nie . Dah puas pusing - pusing bandar Temerloh tu , singgahlah KFC Temerloh tu . Amboi kuatnya makan . Hehehe ...
Just tangkap gambar air dengan duit syiling je . Hehehehe ...
Pergi KFC nie bukannya dalam plan King Merah , tetapi rancangan si Intan tu . Dia suruh King Merah dan kawan - kawan King Merah pergi dahulu . Dia nak jumpa kawan dia kejap . Last - last tak jadi . Sabar je la .
Lepas tu pergilah tempat si Intan jumpa kawan dia tu . Tetapi selepas habis makan Pizza tu . Memang dah ada seorang kawan Intan follow kitaorang . Nama dia King Merah lupa . Baik orangnya . Tak lama lepas itu Intan ajak pergi STATION CAFE . Kedai dia tu betul - betul depan kitaorang .
Lagipun King Merah tak pernah merasa makanan dekat situ . Terasa juga nak pergi cuba . Last - last pergi la juga dengan perut yang dah penuh nie . Dah tahu nak sumbat macam mana lagi . Di sebabkan nak jaga hati kawan merangkap sahabat King Merah ikut je la . Bukan selalu jumpa pun .
Sorry gambar gegar . Siapalah tangkap gambar nie . Hehehe ...
Tiga wanita . Geng cermin mata . Hehehe ...
King Merah with IKHRAM .
Nie shushi yang Intan nak sangat makan . Yang warna hijau tu sekali letak dekat lidah terus menangkap . Memang pedas gila kot .
Perut pun semakin makan semakin penuh . Memang kenyang sangat King Merah pada hari tu . Sampai nak pecah dah perut nie . Tak lama lepas tu kitaorang rancang nak pergi ke bandar lama .
Dah sampai bandar lama , King Merah baru teringat ada jambatan yang merentasi anak sungai Pahang . Nak kata luas tu memang la luas tetapi kalau di bandingkan denga sungai Pahang , luas lagi sungai Pahang .
Bila dah jalan atas jambatan tu lepas tu bawah tu ada sungai , perasan takut di dalam diri King Merah secara tiba - tiba timbul . Nak kata takut gayat tak juga . Sebenarnya King Merah tak biasalah dengan air sungai .
Bila dah jalan atas jambatan tu , bermacam - macam tanggapan negatif yang timbul di kotak pemikiran King Merah . Terasa nak jatuh la . Kalau jatuh nak buat apa la . Macam - macam la .
Bergambar dahulu sebelum meyeberangi anak sungai tu .
Giliran kami pula untuk meyeberang nie .
Bergambar dengan perkataan TEMERLOH .
Bergambar atas jambatan .
Memang menyeramkan bila main seberang sana seberang sini . Bila dah sampai dekat sebelah sana , terasa yang diri ini jalan dah tak betul . Memang kelakar betul . Peristiwa yang tak dapat dilupakan .
Bila dah puas jalan atas jambatan tu , tengok bot terus terasa nak naik bot . Apalagi belari kitaorang nak dapatkan bot tu . Sampai jambatan tu pun bergoyang habis . Sabar je la .
Bila dah dapat naik bot tu , tengok depan tengok belakang sungai Pahang . Aduh , memang mengigil King Merah dibuatnya . Terasa tak senang duduk . Tetapi seronok dapat main pusing - pusing dekat sungai Pahang tu .
Atas bot .
Dah puas main pusing - pusing dekat sungai Pahang tu . Bila dah naik darat tu tak akan lupa bergambar dahulu .
Tak lama lepas kitaorang main pusing - pusing tu . Kami semua terus ke pasar malam . Aduh memang rambang mata betul King Merah nie . Tetapi kena bersabar sedikit la . Hehehehe ...
Kami semua rancang nak pergi ke KUBANG GAJAH . Memang jauh juga la dari tempat kitaorang main pusing - pusing tu . Memang memenatkan . Lepas tu King Merah dengan kawan King Merah tu pun merancang untuk balik . King Merah naik bas dalam pukul 7 malam .
Memang percutian yang menyeronokan dan sukar untuk di lupakan . Harap dapat la lagi bercuti macam nie dengan kawan - kawan lama .
Berapakah tambang naik bot pusing2?
BalasPadam