Hangout Dengan Bestfriend Selepas Kelas Pendidikan Islam !
Cerita ini King Merah nak kongsikan sebelum outing dengan kawan - kawan King Merah semalam . Tapi King Merah terlupa nak update pasal tu . Jadi hari ini King Merah akan menceritakan tentang aktiviti tersebut .
Semalam , King Merah menghadiri kelas PENDIDIKAN ISLAM selepas solat Jumaat . Memang seronok belajar dengan Ustaz King Merah tu . Suka sangat buat lawak . Lagipun Ustaz King Merah salah seorang guru pemeriksa dalam sekolah King Merah .
Dalam sekolah King Merah memang ramai guru pemeriksa . Tetapi bukan itu King Merah nak ceritakan . Ok , selepas tamat kelas Ustaz kami semua memang terasa lapar sangat . Jadi , kitaorang pun pergilah pilih kedai makan yang sesuai .
Kami memilih untuk makan ABC dan MEE HUN SUP . So pergilah gerai yang berdekatan dengan rumah King Merah . King Merah makan CENDOL PULUT dan selebihnya makan ABC dan ada juga makan Mee Hun Sup .
Itulah gambar yang dapat kongsikan dekat korang semua . Yang gambar ada macam warna merah - merah tu , itulah cendol pulut . Sedap sangat - sangat . Memang seronok sangat - sangat . Mana taknya rumah King Merah jauh dengan rumah kawan - kawan King Merah .
Bila diaorang datang ke kawasan rumah King Merah memang terasa seronok yang amat sangat . Kalau boleh tak nak suruh diaorang balik . Sebelum diaorang balik , diaorang datang dulu ke rumah King Merah nak main baby dekat rumah King Merah .
Baby tu anak abang long King Merah . Diaorang memang suka sangat main dengan baby lebih - lebih lagi ISMA . Memang suka baby . Mana taknya baby kan comel . King Merah tengok pun terasa geram . Bukan geram nak marah tu .
Diaorang lepak dulu dekat rumah King Merah sampai la nak dekat mahgrib . Lepas tu diaorang minta keizinan untuk pulang . So , King Merah pun ikut la diaorang balik . Itulah peristiwa yang berlaku sepanjang hari Jumaat baru - baru ini .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan