Serius Malu Semalam
Amboi . Serius je tajuk entry King Biru malam nie . SERIUS MALU SEMALAM . Kenapa nak malunya pasal semalam ? Ada buat apa - apa kesalahan ke sampai nak malu semacam ? Mesti korang tertanya - tanya bukan ? Persoalan tersebut , King Biru akan menjawabnya dengan penuh ketenangan .
Cerita ini bermula macam nie , selepas kelas FIZIK hari khamis baru - baru nie , King Biru balik berjalan kaki ke Hospital untuk mengambil motor ayah King Biru . Masa tu ayah King Biru sibuk dengan kerjanya . Terpaksa hantar kes di luar daerah .
Nak kata jauh dari sekolah , tak la jauh sangat . Nasib baik dekat . Lepas tu King Biru ambillah motor tersebut bawa balik ke rumah . Bawa motor dengan penuh keyakinan dan bergaya . Sampai satu selekoh tu , tiba - tiba King Biru rasa lain macam pada motor tersebut .
Dah la time tu King Biru lalu di kawasan yang agak sibuk dengan ada pasar di situ . King Biru tengoklah keadaan motor King Biru tu , rupa - rupa tayar King Biru pancit . Time tu memang terasa malunya . Sebabnya di kawasan tersebut agak sibuk sangat - sangat .
King Biru tak ada keputusan lain selain membawa motor tersebut sampai ke rumah . King Biru pada masa itu memang perlukan bantuan sangat - sangat . Tetapi di sebabkan dah terasa malu pada diri King Biru , King Biru buat endah tak endah je .
Ini merupakan status yang King Biru post kan dekat wall fanpage King Biru . Tak lama lepas itu , King Biru berselisih dengan bestfriend King Biru iaitu WANIE . King Biru suruh di stopkan kenderaan dia dan suruh dia datang dekat King Biru .
Bila dia datang dekat King Biru dan King Biru ceritalah dekat di masalah yang menimpa King Biru pada ketika itu dan dia sudi untuk membantu King Biru . Inilah yang di namakan sebuah persahabatan . Bila bestfriend dia dalam kesusahan , bestfriend dia yang lain akan membantu .
Masa dalam perjalanan nak balik ke rumah tu , memang penuh keseksaan . Dengan keadaan jalannya la dan bermacam - macam lagi . Dah la motor tu dah jadi macam KERUSI URUT . Memang sedap . Hehehehe ... Bila King Biru pandang SIDE MIRRORS motor , King Biru nampak berderet kenderaan lain di belakang kitaorang .
Aduh punyalah malunya . Siap kena HON lagi . Bukan segaja nak pandu perlahan . Dah tayar macam tu . Kalau bawa motor dalam keadaan laju , sah - sah lagi teruk kerosakan yang akan berlaku pada motor ayah King Biru tu . Dah sampai rumah , King Biru pun mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wanie kerana sudi bantu King Biru pada waktu itu .
Ini merupakan KALI PERTAMA King Biru kena macam tu tau . Sebelum nie tak pernah pun . Tetapi memang peristiwa yang sukar untuk di lupakan . Memang lawak betul masa tu . Hehehehehe ...
laaa yeke...kesian king bru yek..
BalasPadamhahahaha ... kesian kn ... =)
PadamNaib baik lah ada kawan nk tlg kan? ^^
BalasPadamps: Datang dari bog Nur azian
betul2..nasib baik ade org nak tolong kan..
Padamkalo tak abis lah >_<