Entry King Merah pada minggu ini !

Sabtu, 3 Mac 2012

Sahabat Sejati

 
 

" Seandainya engkau bertemu seseorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan , mendahulukan atas nama kebajikan , menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran , menegur kelemahanmu atas nama kebaikan , memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan , ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti ... "







Rasulullah S.A.W pernah bersabda : " Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya. " Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik ? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya : " Wahai anakku , sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang , maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut : 


  • Jika engkau berbakti kepadanya , dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya , dia akan membantu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya , dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan ( bantuan ) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu , dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya , dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta ) , dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu ,  dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya , nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham , nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
 
 
 
 
    TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa:
    SAYANG , KASIH & KASIHAN . Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan :
    BERKENALAN , BERTEMAN , BERKAWAN , & BERSAMA . Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan , iaitu :

    TEMAN BAIK SELALU DISISI . Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu :
    SAYANG , KEKAL , SETIA , MENGERTI , MENGHARGAI , & MENGINGATI . Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :



                                                  SAHABAT




    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...