Entry King Merah pada minggu ini !

Ahad, 11 November 2012

Photoshoot Lagi ! Yeah !


Hai semua ! Apa khabar ? Adakah hari ini ceria bagi korang semua ? Diharap ceria selalu . Ok hari Ini King Merah nak menceritakan tentang photoshoot yang telah dijalankan pada hari jumaat baru - baru ini . Jom baca entry King Merah yang seterusnya .


Kami merancang untuk ber - photoshoot pada hari tersebut . Apa yang kami rancangkan itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan . Pada photoshoot kami pada kali ini , kami merancang untuk menerapkan kelainan sedikit pada gambar kami .


King Merah selaku editor bagi gambar tersebut , mencari idea untuk memasukkan elemen kelainan di dalam gambar itu berdasarkan atas pemintaan bestfriends King Merah . Tetapi elemen kelainan yang di terapkan oleh King Merah belum la di tahap yang memuaskan . 


Ini kerana , King Merah tiada kepakaran untuk menjadikan gambar sebenar dan gambar tiruan kelihatan seperti gambar sebenar . Mungkin King Merah perlukan lagi ilmu - ilmu yang King Merah perlu di ambil . Tetapi di mana King Merah mahu belajar semua itu ? King Merah pun tak tahu . Korang boleh tengok hasilnya .






Photoshoot 1







Photoshoot 2







Photoshoot 3







Photoshoot 4







Photoshoot 5







Photoshoot 6








Photoshoot 7






King Merah hanya pilih 7 sahaja gambar untuk di kongsikan dan di upload di dalam blog King Merah . King Merah tak la hebat sangat nak edit gambar tambahan tu supaya jadi gambar real . Nak kena siapa photographer kami berdua ?







Yang memakai baju berwarna biru la photographer kami .






Inilah yang King Merah cakap . Unsur atau elemen kelainan yang kami ketengahkan .


Photographer : Ghaus
Juru Solek : Syazwani
Editor : King Merah

Ahad, 4 November 2012

Terima Kasih Semua !


Hai semua . Apa khabar semua ? Dah lama King Merah tak update cerita dalam blog nie . Bukan sebab malas ok . Sebabnya King Merah memberi sepenuh tumpuan dekat peperiksaan SPM yang bakal King Merah hadapi pada 05.11.2012 iaitu pada hari esok ( Isnin ) .


Jadi , masa yang ada nie King Merah akan cuba untuk berkongsi cerita tentang peristiwa yang tak akan King Merah lupakan buat selama - lamanya .


Ceritanya begini . Pada hari Rabu baru - baru ini . Dekat sekolah King Merah ada satu program yang akan dibuat sepanjang akhir tahun pada setiap tahun iaitu HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM


Hari anugerah ini bertujuan untuk memberi anugerah kepada pelajar yang membawa nama sekolah di peringkat ZON , DAERAH , NEGERI dan KEBANGSAAN . Jadi pada hari tersebut nama King Merah ada tersenarai dekat situ . King Merah memang suka sangat - sangat . 


Nama King Merah tersenarai pun hanyalah sekadar nak ambil sijil sahaja . Kerana King Merah merupakan Pengerusi kepada kelab PPDa . So , disebabkan itulah nama King Merah ada di senaraikan pada hari anugerah tu .


Tak lama selepas itu , King Merah dikejutkan dengan ANUGERAH TERBILANG KOKURIKULUM yang di menangi oleh King Merah sendiri . Pada hari semalam , sesiapa yang terlibat dengan hari tersebut ada buat raptai dan bestfriend King Merah bagitahu yang King Merah dapat anugerah terbilang tu .


Pada mulanya memang tak percaya . King Merah cakap la yang bestfriend King Merah yang bernama GHAUS yang akan dapat . Sebabnya dia pun pernah membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan . 


Bila pengacara majlis dah sebut nama King Merah , sebut keterlibatan King Merah pada tahun ini , King Merah rasa macam mimpi . " Betul ke aku yang dapat nie ? Ke sekadar mimpi ? " . King Merah memang happy sangat - sangat terasa nak terkeluar air mata . 


Nak ke King Merah senarai keterlibatan sepanjang tahun 2012 nie ? Kalau nak boleh je . Tapi sikit je keterlibatan tahun nie .

  • Pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah .
  • Syarahan Agama ( Lelaki ) Peringkat Zon - Johan .
  • Syarahan Agama ( Lelaki ) Peringkat Daerah - Naib Johan .
  • Pertandingan Pidato KPBPNB Peringkat Negeri - Naib Johan .
  • Pertandingan Pidato KPNPNB Peringkat Kebangsaan ( Separuh akhir ) - 10 Finalis .
  • Pertandingan Pidato KPBPNB Peringkat Kebangsaan ( Akhir ) - Saguhati


Itulah senarai keterlibatan King Merah sepanjang tahun ini . Kalau korang perasan hanya satu sukan je yang King Merah sertai yang lain semuanya jenis kurikulum . Yang 10 Finalis tu sebenarnya ada 30 peserta di peringkat kebangsaan . Juri cuma memilih 10 pemidato terbaik untuk dipertandingkan diperingkat akhir .


Itu di maksudkan 10 Finalis . Takut korang tak faham . Satu lagi , King Merah tak akan pergi jauh jika tiada SOKONGAN DARIPADA IBUBAPA dan GURU - GURU , ORANG DI SEKELILING KING MERAH , dan tidak lupa juga kepada KAWAN - KAWAN KING MERAH .













Ok , walaupun King Merah tak dapat buat ucapan pada hari anugerah tersebut . Dalam blog nie King Merah nak buat sedikit ucapan



Kepada Ibubapa King Merah
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa saya kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang aktiviti yang saya sertai . Dan terima kasih sekali lagi kerana mendoakan kejayaan saya pada tahun ini .



Kepada Guru - Guru King Merah
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada cikgu saya iaitu Cikgu Nordiana kerana tunjuk ajar cikgu yang diberikan kepada saya sehingga saya dapat menjejakkan kaki ke peringkat kebangsaan . 


Sebelum pergi ke peringkat kebangsaan , saya dan cikgu saya bertungkus lumus untuk meghasilkan text yang mantap dan sedap untuk di dengari sampaikan saya pernah menyuruh cikgu saya untuk memperbanyakkan peribahasa didalam text tersebut . 


Terima kasih juga kerana memilih saya dari tahun 2010 hinggalah ketahun ini . Walaupun pada tahun 2010 dan 2011 saya mendapat hanyalah SAGUHATI . Saya tidak pernah berputus asa dan alhamdulillah tahun ini rezeki saya , saya dapat tempat NAIB JOHAN dan dapat pergi ke peringkat kebangsaan .


Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Teacher Normala kerana mengajar saya tentang intonasi yang betul sepanjang keterlibatan saya dalam dunia pidato dan syarahan ini . Bila saya masuk pertandingan syarahan saya masih ingat lagi pada tahun 2011 .


Ada seorang peserta perempuan yang berganding dengan saya pada tahun tu , yang dia cakap seperti orang ehem - ehem mesti teacher faham bukan ? Sampai kita gelak tak ingat dunia . Hehehehehe ... Itulah kenagan yang sukar untuk saya lupakan teacher .


Dan seseorang yang saya tidak akan lupakan iaitu Ustazah Rosniza kerana ustazah la yang memperkenalkan dengan dunia syarahan sampai Cikgu Nordiana mengambil saya untuk ke dunia pidato juga . Terima kasih Ustazah .


Saya masih ingat lagi pada waktu saya berusia 13 tahun ( Tingkatan 1 ) , Ustazah pernah pilih saya tetapi Ustazah terpaksa bagi kepada orang lain kerana pada masa itu percakapan dan sebutan saya tidak betul . Selama tiga tahun saya tunggu , barulah ustazah memilih saya untuk menyertai pertandingan syarahan tersebut .


Ini merupakan kali pertama saya menyertai pertandingan tersebut pada tahun 2010 yang memerlukan kita berani untuk bercakap di atas pentas beserta di hadapan penonton dan juri . Dan kali pertama saya dinobatkan sebagai JOHAN SYARAHAN AGAMA pada masa itu . 


Dan dari tahun 2010 hingga tahun 2012 saya dapat mengekalkan kejuaraan saya sampai ada cikgu dari sekolah lain melihat saya diaorang dapat agak yang saya akan menang . Itulah kenagan yang sukar untuk saya lupakan .



Kepada Kawan - kawan King Merah
Tidak lupa juga kepada kawan - kawan saya yang menyokong dari pelbagai sudut . Ada yang memberi nasihat jikalau saya berdebar dan merasakan diri nie rendah . Ada yang memberi semangat supaya saya tidak memperdulikan cara orang yang hebat - hebat .


Dan perkataan yang saya pegang sampai saya ke peringkat kebangsaan ialah " JADILAH DIRI SENDIRI " . Itulah perkataan yang membakar semangat saya untuk meneruskan bidang yang saya ceburi . 


Kawan - kawan saya yang memberi semangat dan sokongan kepada saya iaitu ISMA , AZRI , AMIRAH , EFFIWANIE , GHAUS , YAH dan kawan - kawan saya yang lain yang merupakan orang yang tidak pernah jemu memberi semangat kepada saya . Terima kasih saya ucapkan .




Itulah ucapan yang King Merah ingin ucapkan semasa hari anugerah tersebut . Tetapi tak berkesempatan untuk memberi ucapan tersebut . Jadi kepada sesiapa yang King Merah lupa untuk menyebut nama dia , King Merah minta maaf ok . Jangan marah - marah .













Pembetulan ! Bukan tiga kali ye just dua kali je . Hehehehe ... Ada bestfriend King Merah siap tulis dekat wall dia lagi tu . Sabar je la . Terima Kasih Mirah ....


Ok kalau korang tengok hadiah yang King Merah dapat mesti korang perasan ada dua bukan ? Yang satu lagi tu merupakan hadiah yang King Merah terima pada tahun lepas . King Merah dapat ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM


Pada tahun lepas aktif juga tetapi tak la sampai ke peringkat kebangsaan . Cuma di peringkat negeri je . Tetapi King Merah memang tak berputus asa . King Merah teruskan walaupun ramai yang perasan muka yang sama masuk pertandingan tu pada setiap tahun . 


Kalaulah diberi kuasa untuk memutarkan balik masa , akanku putarkannya . Tetapi King Merah tiada kuasa untuk memutarkannya . Biarlah peristiwa itu menjadi kenagan yang sukar untuk dilupakan . 


King Merah akan ingat buat selama - lamanya . Moga - moga di sekolah King Merah itu pelapis King Merah untuk meneruskan bidang tersebut . Amin ~


Entry ini bukan bertujuan untuk berbangga - bangga ok . Ini cuma untuk berkongsi kegembiraan King Merah dekat korang semua . Bukan nak berbangga - bangga ataupun riak . Maaf King Merah bukan orang yang jenis begitu .




Rabu, 24 Oktober 2012

Ragam Kami Empat Sahabat


Hai semua ! Apa khabar ? Di harap semua berada dalam keadaan sihat selalu . Ok hari ini King Merah ada cerita untuk di isi di dalam blog King Merah ini . Sepatutnya semalam . Tetapi King Merah tak memiliki idea yang mantap untuk mengarang . Sekarang pun King Merah masih tiada idea untuk mengarang .


Walaubagaimana pun , King Merah akan cuba untuk mengarang cerita tentang peristiwa semalam . Cerita ini bermula selepas tamatnya sesi persekolahan pada hari semalam iaitu hari Selasa . King Merah dan sahabat King Merah yang lain merancang untuk keluar ke bandar .


Time kitaorang keluar , nasib baik pakai baju sukan je . Dah la pada masa itu kami semua tengah lapar . Apalagi kitaorang pun plan untuk makan di KFC . Sebelum kami menjejakkan ke KFC ,kitaorang teman ISMA untuk masukkan duit di dalam bank . Selepas dah selesai tugasan tersebut , kitaorang pun gerak ke KFC .


Tetapi dekat sana , King Merah dah guna VOUCHER yang King Merah dapat masa pertandingan pidato peringkat kebangsaan dulu . Walaupun sayang nak guna , King Merah tetap ingin menggunakannya . Malas nak simpan lama - lama . King Merah akan tunjuk voucher yang King Merah dapat semasa pertandingan tersebut .






Inilah voucher yang King Merah dapat tu .






Pelbagai jenis aneka makanan kitaorang beli . King Merah memilih untuk makan ZINGGER DOUBLE DOWN . Peh ! Memang sedap sangat - sangat . Rasa nak makan lagi . Tak puas . Penuh penghayatan apabila King Merah makan zingger tu .






Kami 4 sahabat .







Tolong . Jangan tiru aksi ini ! Hehehehe ...






Sebenarnya banyak gambar time dekat KFC . Tapi King Merah ambil gambar tertentu je untuk share dekat korang semua . Bila dah puas posing dalam KFC tu , kitaorang pun beredar la dari tempat tersebut . Tetapi sesi photoshoot memang tak habis lagi .


Bila dah kenyang tu pergilah shopping sekejap dekat kedai kasut . King Merah tak beli apa - apa pun dekat kedai tu . Sebabnya kedai itu cuma menjual kasu jenis kasut wanita . Hahahaha ... 


King Merah malas nak pergi ke kedai kasut lelaki . Sebab King Merah tidak membawa duit secukupnya untuk membeli kasut . Dah siap bestfriend King Merah beli kasut tu , pergilah photoshoot dekat dinding bangunan yang ada dekat situ .













Dah tak ada apa - apa yang ingin di beli dekat bandar . So , kami ingin pulang ke rumah masing - masing . Tetapi sebelum kami semua bergerak untuk pulang , kami semua singgah sebentar untuk photoshoot dekat padang Hospital . Memang cantik pemandangan di padang tersebut . Jom tengok gelagat kami berempat .








Hehehehe ....







Ok kan kami berempat nie .







King Merah bergambar dengan AZRI .







Ok tak ?






Itu sahaja la cerita King Merah pada hari ini . King Merah nak minta maaf jika cerita kali ini agak sukar untuk difahami . Bukan apa fikiran King Merah tengah bercelaru . Tak ada idea untuk buat ayat King Merah menjadi ayat dramatis .


Bila korang tengok gambar kami berempat tadi . Itulah ragam kami . Doakan agar kami berempat berkekalan hubungan persahabatan itu sampai akhir hayat kami . King Merah sayang sangat - sangat dekat sahabat King Merah .



Ahad, 21 Oktober 2012

Hangout Dengan Bestfriend Selepas Kelas Pendidikan Islam !


Cerita ini King Merah nak kongsikan sebelum outing dengan kawan - kawan King Merah semalam . Tapi King Merah terlupa nak update pasal tu . Jadi hari ini King Merah akan menceritakan tentang aktiviti tersebut .


Semalam , King Merah menghadiri kelas PENDIDIKAN ISLAM selepas solat Jumaat . Memang seronok belajar dengan Ustaz King Merah tu . Suka sangat buat lawak . Lagipun Ustaz King Merah salah seorang guru pemeriksa dalam sekolah King Merah .


Dalam sekolah King Merah memang ramai guru pemeriksa . Tetapi bukan itu King Merah nak ceritakan . Ok , selepas tamat kelas Ustaz kami semua memang terasa lapar sangat . Jadi , kitaorang pun pergilah pilih kedai makan yang sesuai .


Kami memilih untuk makan ABC dan MEE HUN SUP . So pergilah gerai yang berdekatan dengan rumah King Merah . King Merah makan CENDOL PULUT dan selebihnya makan ABC dan ada juga makan Mee Hun Sup .













Itulah gambar yang dapat kongsikan dekat korang semua . Yang gambar ada macam warna merah - merah tu , itulah cendol pulut . Sedap sangat - sangat . Memang seronok sangat - sangat . Mana taknya rumah King Merah jauh dengan rumah kawan - kawan King Merah .


Bila diaorang datang ke kawasan rumah King Merah memang terasa seronok yang amat sangat . Kalau boleh tak nak suruh diaorang balik . Sebelum diaorang balik , diaorang datang dulu ke rumah King Merah nak main baby dekat rumah King Merah .


Baby tu anak abang long King Merah . Diaorang memang suka sangat main dengan baby lebih - lebih lagi ISMA . Memang suka baby . Mana taknya baby kan comel . King Merah tengok pun terasa geram . Bukan geram nak marah tu . 


Diaorang lepak dulu dekat rumah King Merah sampai la nak dekat mahgrib . Lepas tu diaorang minta keizinan untuk pulang . So , King Merah pun ikut la diaorang balik . Itulah peristiwa yang berlaku sepanjang hari Jumaat baru - baru ini .



Sudah Sebulan Kita Berpisah


Amboi tajuk entry dia . Ganas betul . Hai kenapa PUTUS CINTA ke ? Siap cakap " SUDAH SEBULAM KITA BERPISAH " ? Ke memang sebelum nie King Merah pernah bercinta ?


Hahahahahaha . Semua persoalan tu , mesti berkaitan dengan CINTA kan ? Sebenarnya memang King Merah pernah bercinta . Kenapa terkejut ke ? King Merah start bercinta pada usia 13 tahun iaitu pada tingkatan 1 dahulu dan berpisah dengannya juga pada tingkatan 1 . 


Kalau korang perasan dah lima tahun kami berpisah , tetapi tajuk King Merah kali ini sudah sebulan kita berpisah . Maknanya bukan cerita cinta ok . Hehehehehe ... Sebenarnya cerita mengenai dengan rakan - rakan Pidato King Merah .


Sudah sebulan kami semua berpisah . Memang sedih sangat - sangat . Bilalah dapat jumpa dengan diaorang balik . King Merah nak sangat berbual macam malam terakhir kami semua bersama . Memang best la pada malam tersebut . Memang banyak kenagan di sana .


Sebelum ini King Merah pernah cerita di entry apa entah tajuknya , King Merah sudah pun lupa tajuk tersebut . Kami gelak sama - sama . Bercerita tentang tempat yang menarik dekat negeri masing - masing . Lepas tu cerita seram di tambah dengan cerita lawak . Memang di sana 1001 kenagan yang sukar untuk di cari .






Inilah antaranya aktiviti malam terakhir kami bersama .






Bila sampai masanya untuk kami semua pulang ke negeri masing - masing , King Merah berat hati untuk berpisah dengan diaorang semua . Diaorang tak sombong ,diaorang baik dan peramah . Lagipun kami berkenalan pada malam tersebut . 


Memang singkat masa kami berkenalan . Bukan apa , kami semua fokus untuk pertandingan yang akan kami sertai . Sebab itulah kami tak sempat nak berkenalan dengan semua peserta dari seluruh negeri . 


Bila King Merah dah sampai di rumah kediaman King Merah nie , King Merah terasa sebak kerana tak puas berbual dengan diaorang pada malam itu dan tidak puas untuk bersuka ria dengan diaorang didak puas outing dengan diaorang . Itulah kenagan yang King Merah dapat sepanjang King Merah dekat sana dahulu .




Sabtu, 20 Oktober 2012

Ragam Kami bergambar di Hadapan Tab !


Aduh penatnya . Nie pun tengah barsantai di atas sofa yang empuk . Tunggu masa je nak terlelap . Korang nak tahu apa yang membuatkan King Merah penat sangat pada hari ini ? Bacalah entry ini sampai habis . Janganlah malas - malas .


Ok cerita ini bermula di sekolah . Pagi tadi King Merah ada kelas tambahan iaitu Matematik Tambahan . Dari pukul 9 pagi hinggalah pukul 11 pagi . Bila tamat sahaja kelas tambahan tersebut , King Merah mengajak bestfriend King Merah iaitu ISMA , AMIRAH dan AZRI untuk berjalan - jalan di bandar .


Tempat yang kami pergi dahulu adalah gedung pakaian dan peralatan rumah . Pergilah ngusha apa yang ada dekat situ . Sebenarnya dah banyak kali dah masuk dalam gedung tersebut . Azri ada bawa TAB dia . So , habis sudut kitaorang posing dalam gedung tersebut . Memang seronok sangat - sangat . Jom tengok gambar tersebut .






Ini gambar pertama .







Tengoklah kami . 4 Sahabat ber - posing di depan TAB .







Ini bukan nak promosi bantal tu ye . Just nak buat demo je .






Dah puas posing di dalm gedung tersebut sampai orang dalam gedung tu juga pandang pelik dekat kiteorang . Kitaorang pun keluarlah dari gedung tu nak pergi makan . Lapar sangat time tu . Tetapi sempat lagi pergi ke kedai lain dan posing di kedai tersebut .






Gambar King Merah , AZRI dan ISMA .






Ada satu je gambar tersebut . Walaupun tengah lapar , tetapi masih lagi boleh bertahan untuk pergi ke kedai lain . Masuk sahaja cari sudut untuk ber - posing di hadapan kamera . Nasib baiklah kedai nie berhadapan dengan KFC . Bolehlah makan di sana .







Ini time dekat KFC . Ada pula yang masuk dalam gambar kitaorang . Hehehehe ...






Cerita ini tak habis di sini ok . Bila kitaorang dah berjam - jam duduk di dalam KFC tu dan makanan yang kitaorang beli pun dah habis di makan oleh kami semua . King Merah mengajak bestfriend King Merah untuk pergi ke setiap kedai handphone . Sebab King Merah nak beli handphone baru . Nak tahu Handphone apa ? Tunggu ...


Inilah aktiviti sepanjang hari ini . Memang seronok dan enjoy sangat - sangat . Walaupun SPM makin hampir , masih boleh lagi untuk keluar macam biasa . Boleh rehatkan minda . Bukan nak menghadap buku 24 jam kan . Sekali - sekala pergilah mana untuk rehatkan minda .




Selasa, 16 Oktober 2012

Photoshoot Again


Akhirnya dapat juga King Merah bercerita di dalam blog nie . Di sebabkan semalam King Merah terlalu sibuk dengan study , sampai terlupa nak update cerita dalam blog King Merah ini . Hari ini King Merah akan  bercerita tentang aktiviti yang King Merah sertai iaitu PHOTOSHOOT .


Siapa ada baca status King Merah di fanpage ? Ha korang tak baca ? Kenapa tak baca ? Ok King Merah bagi masa 1 minit untuk korang baca status King Merah di bawah ini .

" Penatnya hari ini . Tadi baru sahaja habis photoshoot . Tapi tak tahu lagi gambar tersebut di jadikan HEADER ataupun tidak . Walaupun simple , tetapi memang best . Nak tahu bertemakan apa photoshoot tersebut ? Tunggu entry malam ini ok ^_^V ... "


Dah habis baca ? Ok di sini King Merah akan ambil point untuk buat persoalan bagi entry pada malam yang nyaman lagikan segar ini .


1. Gambar Photoshoot nak dijadikan HEADER ke ?
Sebenarnya , King Merah tak berapa nak pasti lagi sama ada nak jadikan gambar photoshoot semalam sebagai Header ataupun tidak . Mungkin ya , mungkin tidak . Tetapi , ada gambar yang King Merah suka sangat - sangat dan sesuai untuk dijadikan Header blog kali ini . Tapi , King Merah dah malas nak Header . Nak buat Header blog pun , kenalah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi . Baru boleh hasil Header yang cantik , kemas , dan berkualiti .



2. Gambar Photoshoot tu nampak SIMPLE ke ?
Gambar yang ditangkap oleh photographer King Merah iaitu GHAUS , tidaklah terlalu simple tetapi kualiti gambar boleh dikatakan memuaskan . Walaupun korang tengok gambar tersebut nampak simple , bagi King Merah kualiti gambar amatlah penting .



3. Nak tahu tema bagi Photoshoot semalam ?
Siapa nak tahu tema apa photoshoot semalam , angkat tangan ? Ok temanya adalah ALAM SEKITAR . Nanti bila korang tengok gambar yang di tangkap oleh kawan King Merah iaitu GHAUS , korang akan perasan latar belakang gambar tersebut bertemakan Alam Sekitar . Jom tengok gambar tersebut ...






Ini kawan King Merah iaitu IKHRAM .







Ini giliran King Merah pula yang photoshoot .







Giliran Ikhram lagi .







Ini pula King Merah bergambar dengan Ikhram .






Ada gambar yang King Merah tak sempat nak upload . Sebabnya nak tunggu laoding dia lama . Dah la King Merah tak berapa sihat hari ini . Tetapi King Merah sanggup update cerita untuk korang sebabnya dah cakap semalam nak update cerita . So , sekarang bolehlah King Merah berehat . 


Sebelum King Merah terlupa , King Merah ingin mengucapkan terima kasih dekat photographer King Merah iaitu Ghaus . Dia tidak pernah kering idea untuk mengayakan pelbagai posing kepada King Merah dan Ikhram .


Lokasi Photoshoot : Di dalam Hutan 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Jamuan Tingkatan 5 di Resort


Dah tak lama lagi King Merah akan menduduki peperiksaan yang menentukan masa depan King Merah iaitu SPM . Debaran kian terasa . Demam peperiksaan pun macam baru nak start . Sepatutnya kena demam peperiksaan dari hari tu lagi .


Tak sangka tahun nie tahun terakhir King Merah di bangku sekolah . Rasa cepat sangat . Sebenarnya dalam hati tak sabar nak habis sekolah . Hehehehe ... Hari nie atau lebih tepat lagi petang tadi , King Merah menghadiri majlis yang di anjurkan oleh pihak sekolah iaitu JAMUAN TINGKATAN 5 .


Walaupun simple , tetap meriah . Hilang semua stress yang ada dalam diri King Merah . Mungkin hari ini stress tu hilang . Tunggulah hari esok dan seterusnya . Mungkin tidak kot . King Merah harap perasaan tersebut tidak menyerang kembali la .


Pada petang tadi di adakan beberapa aktiviti antaranya persembahan pelajar dan guru . King Merah menyertai persembahan pelajar tersebut . King Merah bukannya menyanyi ok . Cuma berpidato menggunakan text masa King Merah pergi ke peringkat kebangsaan dahulu .


Bila mula sahaja percakapan King Merah atas pentas tu , terus King Merah teringat peristiwa dekat sana dulu . King Merah memang rindu dekat diaorang sangat - sangat . Tetapi masa buat persembahan tu , ada la juga tersangkutnya . Bukannya tak ada .


King Merah kena buat persembahan semasa semua orang tengah makan . Hilanglah sikit gementar tu . Walaupun sedikit , King Merah cuba atasi gementar tersebut . Hehehehe ... Bila dah puas makan . Perut pun dah penuh time photoshoot dengan cikgu - cikgu kitaorang . Tetapi kena tengok gambar dari mula la ye .







Gambar di tengah - tengah tu gambar King Merah mengenakan JUBAH PUTIH . Sebenarnya just sarung je , sebab dekat dalam King Merah pakai baju lain . Yang lain gambar ISMA dengan AZRI , MIRAH dengan YAH , WANIE dengan King Merah dan YAH dengan WANIE .







Gambar first tu King Merah bersama dengan mama King Merah merangkap guru kelas 5 Science iaitu TEACHER NORMALA . Selain itu , IKHRAM dan AMIR turut bergambar dengan mama Mala .







King Merah turut bergambar dengan KAUNSELOR King Merah yang berbaju berwarna hitam tu . King Merah juga bergambar dengan CIKGU BIOLOGY King Merah yang di sebelah atas tu dan King Merah juga bergambar dengan cikgu yang banyak memberi inspirasi kepada King Merah sampai King Merah boleh pergi ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan pidato iaitu CIKGU DIANA . Gambar yang di bahagian bawah .








Bergambar bersama dengan PENGETUA . Gambar di sebelah atas dan di sebelah bawah bergambar dengan MAMA JIE .







Gambar semasa event tersebut berlangsung ada . Tetapi tidak begitu jelas untuk di lihat . Jadi , King Merah tak upload la dalam blog nie . Banyak tu la gambar yang boloeh King Merah kongsikan dekat korang semua . Dah la gabungkan gambar jadi satu . Nak jimatkan ruang . Hehehehe ...





Khamis, 11 Oktober 2012

Blog King Merah tak boleh nak upload gambar !


Aduh . Ada satu lagi masalah lain selepas upgrade blog nie . Sekarang King Merah dah tak boleh nak upload gambar dalam blog nie . Maknanya King Merah tak boleh dah nak share gambar - gambar dekat korang lagi .


Semalam , selepas sahaja dah siap upgarde , kononnya nak ceritalah tentang King Merah upgrade blog semalam . Dah crop blog nie bagai nak rak . Bila dah siap upload , tiba - tiba dia cakap kouta King Merah dah penuh .


Aduh punyalah sedih betul . Dah buntu sekarang nie . Dah tak tahu nak buat apa dah . King Merah cuba cari penyelesaian bagi masalah ini . Tetapi tak jumpa - jumpa . Sampai sakit kepala .


King Merah ada juga minta tolong dari kawan - kawan sekelas dengan King Merah pagi tadi . Tetapi diaorang tidak berapa mahir dalam bidang berblogger nie . Aduh , dah tak tahu nak rujuk dengan siapa sekarang nie .


Tak kan King Merah nak update blog tanpa ada gambar ? Macam membosankan je bukan ? King Merah dah biasa update sahaja blog mesti ada gambar . Kalau tiada gambar memang tak akan update blog tu . Tetapi sekarang dah tak boleh nak update , King Merah update cerita kali ini tanpa gambar .


Ada juga King Merah cuba dengan cara ambil kode URL gambar . Tetapi nak ambil url tu kena upload la , kena tu la , kena ini la . Leceh ! Makan masa yang agak lama juga . King Merah memang tak boleh tunggu lama - lama . Nanti cepat je jadi mood bosan .


Tetapi sekarang King Merah tengah mencuba PICASA WEB ALBUM . Kalau ini adalah formula King Merah yang terakhir lepas tu tak menjadi juga , memang setiap kali King Merah nak update blog , King Merah akan update blog tanpa gambar .


Tetapi kalau gambar tu satu je , King Merah guna kaedah ambil kode url tu . King Merah memang dah buntu sangat - sangat dah masa ini . Dah tak tahu nak guna cara apa lagi . Harap korang boleh bagi cadangan dekat King Merah untuk guna kaedah apa . Pertolongan korang amat di perlukan sekarang .



Rabu, 10 Oktober 2012

Blog King Biru berwajah baru lagi !

Ha mesti korang dah terjah blog King Biru sebelum King Biru ingin mengumukan bahawa blog King Biru telah berubah . Sekarang King Biru memilih warna MERAH . Mungkin agak garang sedikit , tetapi King Biru bukan jenis yang garang ok .


Sebelum King Biru nak buat perubahan pada blog King Biru ini , King Biru ada juga minta pendapat daripada sahabat King Biru iaitu ISMA mengenai warna yang King Biru pilih . Pada awalnya King Biru memilih warna HIJAU dan MERAH


Apabila King Biru melihat warna Merah agak cantik , jadi King Biru pun memilih warna tersebut . Bila korang nak baca atau nak terjah blog King Biru , King Biru nasihat jangan baca di hadapan KERBAU tau . Nanti tak pasal - pasal kejar korang pula .






Ini header semalam . Sekarang King Biru dah memperbaharui dah .






First King Biru punya background warna PURPLE betukar pula menjadi BIRU dan sekarang dah bertukar menjadi MERAH . Lepas nie mungkin King Biru akan sambung dengan warna hijau kot . King Biru berterima kasih dekat sahabat King Biru iaitu ISMA kerana memberi idea untuk King Biru upgrade blog nie .



Jumaat, 5 Oktober 2012

Serius Malu Semalam


Amboi . Serius je tajuk entry King Biru malam nie . SERIUS MALU SEMALAM . Kenapa nak malunya pasal semalam ? Ada buat apa - apa kesalahan ke sampai nak malu semacam ? Mesti korang tertanya - tanya bukan ? Persoalan tersebut , King Biru akan menjawabnya dengan penuh ketenangan .


Cerita ini bermula macam nie , selepas kelas FIZIK hari khamis baru - baru nie , King Biru balik berjalan kaki ke Hospital untuk mengambil motor ayah King Biru . Masa tu ayah King Biru sibuk dengan kerjanya . Terpaksa hantar kes di luar daerah .


Nak kata jauh dari sekolah , tak la jauh sangat . Nasib baik dekat . Lepas tu King Biru ambillah motor tersebut bawa balik ke rumah . Bawa motor dengan penuh keyakinan dan bergaya . Sampai satu selekoh tu , tiba - tiba King Biru rasa lain macam pada motor tersebut .


Dah la time tu King Biru lalu di kawasan yang agak sibuk dengan ada pasar di situ . King Biru tengoklah keadaan motor King Biru tu , rupa - rupa tayar King Biru pancit . Time tu memang terasa malunya . Sebabnya di kawasan tersebut agak sibuk sangat - sangat .


King Biru tak ada keputusan lain selain membawa motor tersebut sampai ke rumah . King Biru pada masa itu memang perlukan bantuan sangat - sangat . Tetapi di sebabkan dah terasa malu pada diri King Biru , King Biru buat endah tak endah je . 














Ini merupakan status yang King Biru post kan dekat wall fanpage King Biru . Tak lama lepas itu , King Biru berselisih dengan bestfriend King Biru iaitu WANIE . King Biru suruh di stopkan kenderaan dia dan suruh dia datang dekat King Biru .


Bila dia datang dekat King Biru dan King Biru ceritalah dekat di masalah yang menimpa King Biru pada ketika itu dan dia sudi untuk membantu King Biru . Inilah yang di namakan sebuah persahabatan . Bila bestfriend dia dalam kesusahan , bestfriend dia yang lain akan membantu .


Masa dalam perjalanan nak balik ke rumah tu , memang penuh keseksaan . Dengan keadaan jalannya la dan bermacam - macam lagi . Dah la motor tu dah jadi macam KERUSI URUT . Memang sedap . Hehehehe ... Bila King Biru pandang SIDE MIRRORS motor , King Biru nampak berderet kenderaan lain di belakang kitaorang .


Aduh punyalah malunya . Siap kena HON lagi . Bukan segaja nak pandu perlahan . Dah tayar macam tu . Kalau bawa motor dalam keadaan laju , sah - sah lagi teruk kerosakan yang akan berlaku pada motor ayah King Biru tu . Dah sampai rumah , King Biru pun mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wanie kerana sudi bantu King Biru pada waktu itu .


Ini merupakan KALI PERTAMA King Biru kena macam tu tau . Sebelum nie tak pernah pun . Tetapi memang peristiwa yang sukar untuk di lupakan . Memang lawak betul masa tu . Hehehehehe ... 




Khamis, 4 Oktober 2012

Teringat Dekat Korang


Agak lama King Biru tak aktif untuk berkongsi cerita di dalam blog ini kan . Bukan apa SPM makin dekat , tu yang jarang sangat ONLINE sekarang " jarang la sangat " . Tetapi hari ini , di kesempatan masa yang ada nie , lepas nie nak buat CORRECTION BIOLOGY pula .


Semalam kawan King Biru dari negeri SARAWAK memberitahu King Biru bahawa gambar semasa PIDATO PERINGKAT KEBANGSAAN hari tu dah di upload dalam FANPAGE KPBPNB . King Biru pergilah tengok , rupa - rupanya sudah di upload .


Apa lagi kerja King Biru la , copy and paste gambar tersebut . Bila King Biru tengok balik gambar tersebut , kenagan di situ masih lagi berlegar - legar di ingatan King Biru nie . King Biru memang rindu dekat diaorang walaupun sekejap je sesi berkenalan .













Ini gambar yang telah King Biru satukan . Malas nak upload satu per satu . Penat menunggu . King Biru telah meletakkan nama negeri mereka . Gambar tersebut adalah 10 FINALIS PIDATO yang layak ke peringkat akhir . Tetapi gambar ini di ambil semasa pertandingan peringkat akhir berlangsung .


Lawak sungguh King Biru tengok muka King Biru sendiri . Semua muka elok - elok je . Tetapi tak apa . King Biru TERINGAT DEKAT KORANG semua .


Tersangat - sangat rindu King Biru pada korang . Ingat lagi peristiwa malam tu kita keluar sampai pukul 3 pagi baru balik hotel . Itu pun sebab nak pergi minum dekat luar kawasan hotel tersebut . Tetapi memang best berkawan dengan korang .




Ahad, 30 September 2012

BirthDay My Friend , Naqib

Aduh . Penatnya hari ini . Rasa nak tidur je . Bukan apa hari ini dan hari esok tak ada kelas tambahan . Inilah masanya nak tidur sepuas - puasnya . Apa la King Biru nak dekat SPM sepatutnya pergilah STUDY ke . Hahahahahaha ... Maaf . Kejap lagi King Biru pergi study ye .


Dah jangan nak merepek . Hari ini King Biru nak cerita tentang aktiviti King Biru petang tadi iaitu sambut BIRTHDAY kawan King Biru . Lokasinya di KFC . Pada mulanya , King Biru tiada kenderaan nak pergi ke tempat yang ditetapkan . 


Tetapi berkat kawan King Biru iaitu GHAUS , dapat juga King Biru tompang dia untuk pergi ke majlis tersebut . Tetapi kawan baik King Biru iaitu ISMA dan AZRI memilih untuk berjalan kaki . Jadi , King Biru pun sertailah diaorang juga .


Bila sampai , banyak pula halnya yang si penganjur tu . Kejap jumpa orang tu , kejap jumpa orang nie . Dah la masing - masing tengah lapar . Tetapi nasib baik dia faham kitaorang yang tengah lapar nie . Bila dah sampai sahaja KFC , order la apa yang patut . Tetapi King Biru order dua jenis air .


Sejak kebelakangan ini , King Biru asyik dahaga je . Tu yang sampai satu gelas air tak cukup . Mungkin King Biru kurang minum air kot . Sebab itulah cepat sangat dahaganya . Si penganjur yang sponser semua makanan tu . Sampai duit habis dalam RM 100 lebih . Baik betullah .







Tu la si penganjurnya yang pakai tudung hitam tu . Nama dia SASO " bukan nama sebenar " .







Ini pula AZRI dan ISMA . My bestfriend .







Yang baju warna MERAH tu la adalah orang yang kitaorang sambut hari jadi dia .
Nama dia ialah NAQIB dan yang baju warna HIJAU merupakan sepupu dia . Nama dia ZULHUSNI .







Amaran !!! Jangan tiru aksi ini . Hehehehe ~







Sekali - sekala tunjuk juga muka yang sponser makanan nie .






Bila kami semua sudah puas makan segala jenis makanan yang di hidangkan di hadapan kami semua . King Biru and the geng pergi ke tempat sulaman untuk menyulam nama King Biru , Isma dan Azri di atas BEG . Ingatkan sekejap rupanya lama . 


Bila tengok dia buat nama orang yang tempah lebih awal dari kami . Di sebabkan bosan tunggu lama - lama di dalam kedai tersebut kami semua mengambil keputusan untuk snap gambar di dalam kedai tersebut . 







Ini SARAH .







Gambar di sebelah kiri King Biru bersama dengan bestfriend King Biru iaitu WANIE dan gambar di sebelah kanan , King Biru bersama dengan adik angkatnya iaitu PICAH .







WANIE bergambar dengan ISMA .







Ini pula gambar WANIE bersama dengan NAQIB .






Lepas dah siap pergi sulam nama dekat beg masing - masing , kitaorang pergi lepak di suatu kawasan yang di namakan sebagai PAYUNG . Lepas tu diaorang start la naik tanduk , pergi ambil TEPUNG dan SPRAY kenakan Naqib . Yang King Biru pula , tak sempat nak lari dah terkena juga . Bermandikan tepung King Biru petang tu .







Ini King Biru ye . Jangan tak kenal pula . Berlatar belakangkan Stesen Bas yang baru di Upgrade . Tak lama siaplah .







Inilah beg yang King Biru dengan kawan - kawan pergi hantar kedai sulam nama tu . Ok tak ?






Memang best keluar pergi sambut birthday kawan King Biru seorang tu . Tetapi King Biru malu betullah semalam . Bukan apa main tepung lepas tu King Biru lupa ada pasar malam . Dengan muka yang agak tebalnya pergi je la pasar malam tu . Buat tak tahu aja . Hehehehehehehe ... Tetapi memang best . 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...