Entry King Merah pada minggu ini !

Isnin, 30 Julai 2012

Tidak Mungkin akan Terjadi Sekali Lagi


Apa yang King Biru risau sangat nie . Tapi tajuk entry tu macam tak PUAS HATI je . Sebenarnya , King Biru risau sesuatulah . Sebeb itulah King Biru buat tajuk gempak sikit . Hehehehe


Pagi tadi semasa King Biru di sekolah , King Biru dikejutkan dengan SPOTCHECK KELAS dan juga RAMBUT pelajar lelaki . King Biru dengan baik demam berasa terkejut dengan spotcheck tersebut . Rasa nak pengsan pun ada .


Tak lama lepas tu , USTAZ panggil semua PENGAWAS SEKOLAH . King Biru dah debar dah time tu . Sebabnya King Biru pengawas sekolah . Takut orang first yang kena rupanya tidak . Ustaz suruh buat spotcheck dalam kelas . Memang King Biru suka dengan tugas tersebut .


Dah habis selongkar beg pelajar - pelajar di setiap kelas , kitaorang pun pergilah berkumpul di tapak perhimpunan . Tetapi King Biru tak pergi pun sebabnya King Biru ternampak ada pelajar lain kena potong rambut . Rambut panjang kena potong BOTAK . Oh Tidak !!!


Bukan nak lari tetapi FOBIA . King Biru tak nak botal buat kali kedua . Bak kata pepatah " Pisang Tidak Akan Berbuah Dua " . Hehehehe . Nak tahu sebab apa King Biru fobia ? baca di perenggan seterusnya ok .





Sorry muka mengediks sikit . Heheheheh





Pada tahun lepas , semasa King Biru berjawatan sebagai PENGAWAS PERPUSTAKAAN King Biru memang suka betul simpan rambut sampai panjang . Pernah satu hari tu , cikgu disiplin sekolah King Biru buat spotcheck mengejut . King Biru punyalah risau sangat - sangat .


Ingatkan spotcheck di kelas sahaja . Tetapi sampai buat spotcheck terhadap pelajar pun sekali " macam tak pernah kena spotcheck je " . Yang King Biru risau time tu rambut King Biru yang panjang tu . Memang rasa lain macam dah time check seorang demi seorang .


Bila dah sampai dibarisan kelas King Biru , King Biru kena tahan . Memang dalam hati rasa nak lari je . Tak nak jadi botak . Cikgu King Biru soalan la kenapa tak potong lagi . Sebenarnya King Biru dah PLAN dengan kawan - kawan King Biru teman pergi gunting rambut di SALON . Last - last kena potong free .


Itulah sebabnya hari ini King Biru tak nak pergi ke tapak perhimpunan tu tadi . Bila kawan - kawan King Biru masuk kelas , apalagi diaorang start - lah bergurau dengan King Biru . Cakap cikgu tu panggillah , cikgu nie panggillah .


Tetapi serius ramai cikgu tegur King Biru pagi tadi .Antaranya " Fikri kenapa awak tak kena sedangkan rambut awak panjang ? " Ada yang King Biru jawab dan ada yang tak . King Biru memang risau gila hari nie . Risau King Biru botak seperti tahun lepas . Memang tak nak dah .


So , janganlah lambat bila nak potong rambut tu . Dah panjang cepat - cepat pergi KEDAI GUNTING RAMBUT ataupun SALON untuk memendekkan rambut . Jadi waktu berbuka semakin hampir . King Biru ucapakan SELAMAT BERBUKA .



Sabtu, 28 Julai 2012

Apa yang berlaku dekat King Biru ?


Dah lama tak update blog . Rasa rindu nak update tu memang ada . Tapi kemana King Biru menghilang ? Ramai yang tanya King Biru dekat manalah , ada yang call , dan macam - macam . Bila King Biru tengok HANDPHONE King Biru , penuh dengan mesejnya dan callnya .


Apa yang berlaku dekat King Biru ? Sampai tak tengok langsung handphone tu ? Sebenarnya hari KHAMIS hari tu King Biru kena serangan virus DEMAM PANAS . Ayah King Biru bawalah King Biru ke HOSPITAL . Dah cek segalanya , tengok - tengok kena tahan kejap dan masuk air .





jangan terkezut pula ok . Hehehe






kebosanan melanda . Sempat lagi tangkap gambar . Hehehe





Pagi tu orang pergi SEKOLAH . Yang King Biru pergi HOSPITAL kena tahan pula tu waduh - waduh . Dah lama King Biru tak kena masuk air . Tapi kali nie memang best gila . Jarum memang BESAR . Sakit tu memang sakit . 


Malam sebelum King Biru pergi ke hospital , mak King Biru bercerita dengan KAWAN BAIK dia . Malam time mak King Biru jaga King Biru , mak King Biru cakap King Biru meracau - racau takut mak King Biru dibuatnya " time tu King Biru tengah menahan kesakitan . Memang tak dapat banyakkan macam mana . Rasa nak tercabut dah nyawa " . Siap nak pergi panggil jiran time malam tu .


King Biru tengok air muka seorang ibu apabila menjaga anaknya yang menahan kesakitan yang King Biru tahu , ibu itu akan berdoa agar kesakitan itu dapat dikurangkan dan sembuh secepat yang mungkin . TERIMA KASIH MAK .


Kepada kawan - kawan King Biru tu , King Biru nak minta maaf kalau tak angkat or tak balas mesej korang semua . Maaf sangat - sangat .

Ahad, 22 Julai 2012

Akhirnya Dapat Juga Engkau !!! Yeah


Amboi tajuk entry King Biru , macam ada orang buat salah je kan ? Kenapa ada orang cari pasal dengan King Biru ke ? Jawapannya tidak sama sekali . Cewah macam ayat time berhujah di atas pentas dahulu .


Sebenarnya King Biru ingin bercerita tentang MAKANAN atau JUADAH di Bulan Puasa ini yang King Biru dapat di BAZAAR RAMADHAN petang tadi . Apa juadah yang King Biru dapat tu . Nak tahu ? iaitu POPIA PEDAS " dalam bahasa King Biru " atau orang selalu sebut POPIA BASAH .


Dari hari semalam lagi King Biru nak sangat makan popia pedas atau popia basah tu . Tetapi apakan daya rezeki tiada . Tak dapatlah King Biru merasa nikmat popia tu " cewah ayat dramatis betul " .





Jangan terliuh .





Semalam juga , King Biru ada juga minta KAWAN King Biru tolong belikan popia tersebut . Tetapi dia boleh belikan tetapi tidak boleh hantar kerana jalan memang SESAK semalam . Biasalah FIRST DAY buka bazaar Ramadhan kan . Tapi hari ini pun King Biru tengok memang sesak pun .


So , kepada yang teringin sangat " macam King Biru nie " nak makan popia tu , jangan lepaskan peluang untuk pergi kebazaar Ramadhan yang berdekatan dengan anda , anda dan anda semua . 




Sabtu, 21 Julai 2012

Hang Out With My Friend At Sweet Apple


Cewah title entry King Biru kali ini . ENGLISH tu jangan main - main . Ala King Biru tak la GOOD sangat bahasa english nie . So , di sebabkan tak berapa good sangat tulah King Biru berusaha belajar . 


Ok berbalik pada topik yang asal . Pada mulanya seorang KAWAN BAIK King Biru plan untuk makan di SWEET APPLE CAFE . So , dia pun mengajaklah kawan - kawan sekelas yang lain untuk turut serta di dalam majlis MAKAN PETANG tersebut " ada ke istilah makan petang ? " .


Biasalah hari ini kan dah bermulanya PUASA . Sebab itulah hari semalam ajak keluar pergi makan sepuas - puasnya dengan MEMBER .


Sebelum kami bergerak ke tempat yang kami nak tuju tu , kami pergilah dahulu KELAS BIOLOGI . After sahaja kelas tamat , apalagi start sahaja motor terus pergi . Memang time tu tengah EXCITED sangat - sangat . Kami parking motor di HOSPITAL kerana kitaorang nak jalan kaki malas nak bawa motor . EXERCISES la sikit lagipun hospital dekat dengan bandar .


Sampai sahaja tempat yang kami ingin tuju tu ,memang terasa kepenatannya berjalan kaki daripada hospital terus ke sweet apple . Pelbagai aneka makanan yang kami pilih di sana . King Biru pilih NASI GORENG DAGING . Memang sedap gila . Rugi kalau tak cuba .






Maaf tunjuk makanan nie . Inilah makanan yang King Biru sebutkan tadi .
NASI GORENG DAGING . Jangan pula ada sampai yang terliuh .
Lepas tu berbuka di siang hari . Tak mau , tak mau .








Yang baju berwarna OREN tu FAKRIAH namanya . Merupakan budak baru di dalam kelas kitaorang .
Di sebelah Fakriah merupakan PENYELARAS di dalam plan nak keluar makan ini .
Nama dia AMIRAH .Bestfriend King Biru .








Ini pual ISMA ( Bestfriend King Biru ) dan AZRI








Ini pula NAQIB . Tengok tu kusyuk betul bila makan .








Sebelum makan , kita POSING dulu . Hehehe










Ha ini upacara suap meyuap . 






King Biru pun tidak ketinggalan . Serius lawak gambar nie . Hehehehe








Senyum jangan tak senyum .








Jejaka ini bernama NAQIB yang King Biru cakap tadi kusyuk bila makan tu .








Sebelum balik , snap gambar dulu . Hehehehe




Memang bestlah keluar semalam . Rasa nak keluar lagi . Pelbagai peristiwa yang LUCU belaku pada hari semalam . Semperna dah masuk ke bulan Ramadhan , King Biru ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN . Puasa jangan tak puasa pula ok .



Rabu, 18 Julai 2012

Seminar Sejarah


Adakah subjek SEJARAH bagi korang sesuatu subjek yang menyusahkan ? Sebenarnya kita yang memikirkan sejarah ini susah . Jadi , sebab itulah subjek sejarah memang rasa susah bagi kita . Apabila kita memahami sesuatu konsep , kita mesti boleh buat . Percayalah !!!


Ok , hari SABTU minggu lepas . King Biru bersama - sama rakan yang terpilih pergi ke SEMINAR SEJARAH . Pemilihan ini berdasarkan RESULT sejarah yang kita dapat . Nak kata result mid year King Biru pun , biasa - biasa je . Hehehehe . 


Sepanjang seminar tersebut , bermacam - macam input baru yang King Biru perolehi . Kitaorang di ajar untuk menjawab soalan berpandukan terus kepada BUKU TEKS . Memang lagi senang . Kita boleh terus baca topik tersebut . 


Yang memberi ceramah itu merupakan GURU CEMERLANG SEJARAH & KETUA PEMERIKSA KERTAS SEJARAH . Memang fahamlah apa yang cikgu tu ajar kitaorang . Memang best . Tak rasa bosan pun " tetapi rasa mengantung masih lagi ada " .


Seminar ini habis lebih kurang pada pukul 1 petang . After sahaja habis seminar tu , King Biru bersama - sama rakan dan guru pergilah beriadah di SUNGAI KECIL . Memang best sangat - sangat , dapat tenangkan fikiran dan bermacam - macam lagilah . Yang King Biru paling suka ialah time bermandi - manda .





Ini AIMAN dan juga IKHRAM .






Ini pula AZRI .






Ini TEAM GIRL - GIRL yang mengikuti seminar tersebut .




Isnin, 16 Julai 2012

Birthday Mama Mala & Papa Soberi




Sebelum memulakan cerita tentang BIRTHDAY , saya nak tanya siapa yang birthday jatuh pada hari JUMAAT ( 13.07.2012 ) ? Sorry - lah kalau King Biru tak WISH birthday korang ye .


Ok pada hari jumaat " penghulu segala hari " yang lepas , King Biru bersama - sama dengan kawan sekelas King Biru buat jamuan untuk MAMA MALA yang mengajar subjek FIZIK dan tidak ketinggalan juga kepada PAPA SOBERI yang mengajar kami subjek MATHEMATIC & ADDITIONAL MATHEMATIC .


So , kitaorang memang prepare di saat - saat akhir . Pada hari KHAMIS tu , memang King Biru risau sangat - sangat sebabnya hari tu King Biru tidak ada di sekolah " macam dah kerja je " . Bukan ke King Biru pernah cerita tentang bengkel additional mathematic kan ? Jangan lupa . 


Takut juga , macam - macam kitaorang plan takut tidak menjadi . Karang ada pula kawan King Biru tak bawa makanan yang diaorang nak sediakan . Korang boleh tengok koleksi gambar yang King Biru ada .







Juadah yang di sediakan .







 
Time pemberian HADIAH .








Hadiah yang kamu berikan kepada Mama kami .








Ketua PUTERI ISLAM memberi hadiah kepada Mama Mala .








WANIE dan ISMA bergambar bersama dengan hadiah Mama Mala .








KELUARGA BAHAGIA 5 SCIENCE .








FREE STYLE . hehehehe




Mama Mala dan Papa Soberi merupakan GURU KELAS 5 SCIENCE . Kami sayang mama and papa sangat - sangat . Rasa gembira bila semua plan yang kami semua rancang berjalan dengan lancar . 


HAPPY BIRTHDAY



Sabtu, 14 Julai 2012

Bengkel " Additional Mathematic "


Sudah bersawang juga blog King Biru nie kan ? Biasalah King Biru bukannya boleh menghadap LAPTOP nie 24 jam , ada masa King Biru pergi study " buka muka buku " .


Oklah berbalik topik yang King Biru nak cerita nie , pada hari SELASA King Biru mengikut satu program iaitu BENGKEL " ADDITIONAL MATHEMATIC " . Memang best pergi ke bengkel tersebut . Ada juga input - input yang baru . So , memang rasa tak rugi pergi ke progarm tu .


Tetapi time suruh buat soalan , King Biru suka buat soalan QUADRATIC EQUATION dan VECTOR " betul ke ejaan tu " . Soalan itulah yang mula - mula King Biru akan buat . Second , soalan LINER LAWS memang makanan bagi King Biru " bukan nak berlagak jangan salah faham "


Bagi King Biru soalan itu memang senang bagi King Biru . Lepas tu soalan yang pasal LOG , memang King Biru suka " sebabnya pernah dapat markah penuh soalan tu " . Hehehe




Rajin tak King Biru ? Ini King Biru yang buat ok .






Tolong - menolong sesama kita .
Kawan - kawan kumpulan King Biru ...



Tetapi ramai yang cakap add math nie susahlah . Sebenarnya kita tidak biasa dengan formula - formula dalam add math . Kita cuma biasa dengan formula dalam maths sahaja . Betul tak ? 


Satu lagi kurang buat latihan . Kalau meniru memang tak dapat apa - apa langsunglah . So yang penting , kita kena faham corek add math tu macam mana . 




Sabtu, 7 Julai 2012

Kelas Fizik dan Majlis Cukur Jambul


Alamak mana menghilang King Biru ? dah masuk BULAN 7 . Hari ini baru nampak entry King Biru yang baru . Mana menghilang King Biru ? Fffuuuhhh ... Soalan itu selalu keluar dari bibir kawan King Biru dan juga pembaca blog King Biru nie " adalah segelintir " .


Nak tahu jawapannya ? Jawapannya adalah .................... King Biru tak pergi mana - mana pun . Just sibuk dengan STUDY je sekarang . Biasalah SPM kan dah dekat . So , King Biru kenalah buat latihan untuk persiapan untuk menghadapi peperiksaan " cukup bedebar " .


Ok di sebabkan tadi King Biru cakap sibuk dengan study . Korang tak percaya ke yang King Biru sibuk dengan study ? " sibuk la sangat " . Ha .... Hari ini King Biru menghadiri satu kelas yang King Biru suka iaitu KELAS FIZIK . Dari pukul 9.00 pagi sehingga 3.00 petang , memang study hard and study smart . Biasalah makin dekat nak periksa , semakin susah hatilah guru - guru dengan anak muridnya . Tak begitu ?


Tapi memang tak sia - sia King Biru datang . Banyak benda - benda yang King Biru tak faham sebelum ini bila banyak buat latihan , dengan mudah King Biru boleh buat walaupun ada sesetengah soalan yang King Biru terkian - kian . Hehehe




Ini rakan sekelas King Biru 
nak tahu nama dia ?
nama dia AIMAN 





Ini KHALIL .





Ini ISMA .






Ini pula IKHRAM .






Ha . Yang muka terlebih GANAZ nie " ganas la sangat " nama dia SIAFUDDIN .






Ini YAH dan SYAHIRAH .





Korang perasan bukan tajuk entry King Biru kali ini . King Biru menghadiri MAJLIS CUKUR JAMBUL semperna cucu mak angkat King Biru . Memang pelbagai jenis aneka makan yang terhidang . Memang terbeliak mata King Biru .




ala tomelnya . Anak sapo la nie . Hehehe . Sama tak baju dengan warna kain dekat belakang tu ?
mestilah sama kan . hehehehehe






Banyak tak makanan King Biru ? Jangan nak kutuk la ye . Hahahaha
Memang sedap . Jangan ada yang terliuh la pulak .




" Habis sudah dua aktiviti yang berlangsung pada hari ini " cewah berlangsung tu la " . Memang King Biru suka sangat hari ini . "





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...