Entry King Merah pada minggu ini !

Isnin, 30 Julai 2012

Tidak Mungkin akan Terjadi Sekali Lagi


Apa yang King Biru risau sangat nie . Tapi tajuk entry tu macam tak PUAS HATI je . Sebenarnya , King Biru risau sesuatulah . Sebeb itulah King Biru buat tajuk gempak sikit . Hehehehe


Pagi tadi semasa King Biru di sekolah , King Biru dikejutkan dengan SPOTCHECK KELAS dan juga RAMBUT pelajar lelaki . King Biru dengan baik demam berasa terkejut dengan spotcheck tersebut . Rasa nak pengsan pun ada .


Tak lama lepas tu , USTAZ panggil semua PENGAWAS SEKOLAH . King Biru dah debar dah time tu . Sebabnya King Biru pengawas sekolah . Takut orang first yang kena rupanya tidak . Ustaz suruh buat spotcheck dalam kelas . Memang King Biru suka dengan tugas tersebut .


Dah habis selongkar beg pelajar - pelajar di setiap kelas , kitaorang pun pergilah berkumpul di tapak perhimpunan . Tetapi King Biru tak pergi pun sebabnya King Biru ternampak ada pelajar lain kena potong rambut . Rambut panjang kena potong BOTAK . Oh Tidak !!!


Bukan nak lari tetapi FOBIA . King Biru tak nak botal buat kali kedua . Bak kata pepatah " Pisang Tidak Akan Berbuah Dua " . Hehehehe . Nak tahu sebab apa King Biru fobia ? baca di perenggan seterusnya ok .





Sorry muka mengediks sikit . Heheheheh





Pada tahun lepas , semasa King Biru berjawatan sebagai PENGAWAS PERPUSTAKAAN King Biru memang suka betul simpan rambut sampai panjang . Pernah satu hari tu , cikgu disiplin sekolah King Biru buat spotcheck mengejut . King Biru punyalah risau sangat - sangat .


Ingatkan spotcheck di kelas sahaja . Tetapi sampai buat spotcheck terhadap pelajar pun sekali " macam tak pernah kena spotcheck je " . Yang King Biru risau time tu rambut King Biru yang panjang tu . Memang rasa lain macam dah time check seorang demi seorang .


Bila dah sampai dibarisan kelas King Biru , King Biru kena tahan . Memang dalam hati rasa nak lari je . Tak nak jadi botak . Cikgu King Biru soalan la kenapa tak potong lagi . Sebenarnya King Biru dah PLAN dengan kawan - kawan King Biru teman pergi gunting rambut di SALON . Last - last kena potong free .


Itulah sebabnya hari ini King Biru tak nak pergi ke tapak perhimpunan tu tadi . Bila kawan - kawan King Biru masuk kelas , apalagi diaorang start - lah bergurau dengan King Biru . Cakap cikgu tu panggillah , cikgu nie panggillah .


Tetapi serius ramai cikgu tegur King Biru pagi tadi .Antaranya " Fikri kenapa awak tak kena sedangkan rambut awak panjang ? " Ada yang King Biru jawab dan ada yang tak . King Biru memang risau gila hari nie . Risau King Biru botak seperti tahun lepas . Memang tak nak dah .


So , janganlah lambat bila nak potong rambut tu . Dah panjang cepat - cepat pergi KEDAI GUNTING RAMBUT ataupun SALON untuk memendekkan rambut . Jadi waktu berbuka semakin hampir . King Biru ucapakan SELAMAT BERBUKA .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...