Entry King Merah pada minggu ini !

Sabtu, 30 Jun 2012

Program Kerjaya Anjuran Petrosains


Hai semua . Sudah lama King Biru tidak berceloteh di dalam blog usang nie kan . Adakah korang semua RINDU nak baca entry baru King Biru ? Kalau ada yang merindukan cerita - cerita King Biru , ha hari nie King Biru nak bercerita tentang seharian King Biru mengikuti PROGRAM KERJAYA ANJURAN PETROSAINS .


Dekat program nie selalunya King Biru akan dapat KAWAN BARU daripada sekolah lain . Semasa program tu banyak juga aktiviti yang menarik berlaku . Tetapi King Biru lupa dah nama aktiviti tu " muda - muda dah lupa " . Hehehehe .





Ini time ON THE WAY nak pergi sekolah yang jadi tuan rumah program tu .







Ini time seorang pelajar mencuba pakaian keselamatan .





Apa nama game nie ye . King Biru lupa la .








Korang nampak tak gambar terakhir tu ? Nama game tu ialah HANGMAN . Game dia macam nie , mula - mula kita kena buat bentuk menggunakan BELON yang di beri dan kita jawab soalan . Jika kita punya jawapan salah , belon kita tu terpaksa di letup atau di pecahkan . Belon siapa yang paling banyak yang tinggal itulah pememangnya .


Tetapi King Biru sedih juga , sebabnya game tu kumpulan King Biru dapat NOMBOR DUA . Sabar je la . Kalah menang adat pertandingan . Betul tak ? " betul betul betul "


" Memang best program nie . Rasa time tu tak nak balik je ataupun nak kembali pada masa tu "




Selasa, 26 Jun 2012

Birthday Party Aidid


Aik . Siapa itu AIDID ? Mungkin korang tak kena bukan ? " memang pun " Aidid tu sebenarnya anak jiran King Biru , bolehlah di katakan yang dia nie macam ADIK ANGKAT King Biru . Hari semalam merupakan BIRTHDAY dia . Tetapi parent dia sambut lebih awal daripada tarikh sebenar .


Birthday Party di buat pada sebelah malam . Petang tu sempat lagilah parent dia dengan beberapa orang termasuk parent King Biru membantu menyediakan juadah untuk disediakan pada malannya .


Tetapi yang paling King Biru suka adalah parent Aidid ada beli kek daripada SECRET RECIPE . Dah lama tak makan kek secret recipe . Rindu sangat - sangat " ala manja - manja juga " .





ala - ala . Ayu betul muka King Biru bergambar dengan seorang budak perempuan .
Nama budak perempuan ini ialah IZA .





Inilah kek SECRET RECIPE . Perisa Coklat . Sedap sangat - sangat . Nak tak ? " sorry dah habis "





Upacara meniup lilin . Ffffuuuuhhhh !!!




Bila dah habis je jamuan hari jadi tu , King Biru terus je balik " penat sangat " . Last - last online kejap lepas tu terus terjun di atas tilam yang empuk tu " best sangat - sangat " . Best tidur time tu , sebab baru lepas HUJAN " sejuk gitu " .




Sabtu, 23 Jun 2012

Tutorial : Tulisan Berwarna Bagi Ayat Di Bawah Setiap Entry


Hari ini King Biru nak share satu tutorial untuk korang semua . Tutorial ini tidak mengambil masa yang lama untuk menbuatnya . Just beberapa step di perlukan . Siapa nak tutorial ini bolehlah diletakkan di dalam blog korang masing - masing .




Nak ayat seperti King Biru ini ? jom ikut step dengan penuh kefahaman .



STEP 1 : Dashboard / Papan Pemuka > Design / Reka Bentuk > Edit HTML > Tick Expand Widget Template / Kembangkan Templat Widget .

STEP 2 : Korang tekan Ctrl + F atau tekan F3 dan cari kode ini

<data:post.body/>


STEP 3 : Kalau dah jumpa kode yang korang cari tadi di STEP 2 , copy kode di bawah ini dan paste di bawah kode yang korang cari tadi .

<hr/><center><span style='color: #9999FF;'><b>AYAT KORANG</b></span></center><hr/>


Warna MERAH = korang boleh tukar warna di ---> SINI
Warna OREN = korang bolehlah reka ayat korang masing - masing ok .


STEP 4 : Preview / Pratonton dahulu .

STEP 5 : Kalau tiada ERROR , Bolehlah SAVE terus .





Jumaat, 22 Jun 2012

Sukan Tara di sekolah King Biru


Zaman persekolahan korang dulu ada tak sukan yang di namakan SUKAN TARA ? ataupun korang macam ingat - ingat lupa . Ok King Biru akan jelaskan , sebenarnya sukan tara nie hanyalah mengutip sebanyak mungkin markah untuk di bawa ke SUKAN BALAPAN nanti .


Macam biasalah , markah rumah sukan siapa yang paling tinggi , rumah sukan itulah JUARANYA . Contoh sukan di dalam sukan tara nie ialah LOMPAT JAUH ,  LONTOR PELURU , LARI 100 METER dan LARI 400 METER .






inilah murid - murid di sekolah King Biru ...










ha yang nie KETUA PENGAWAS kami .
garang tau " garang la sangat " . hehehe . Just Joke







Ketiga - tiga BIRU . Tiga sekawan membawa berkat " dandan "







ini MAK ANGKAT King Biru . Merupakan pentadbir di pejabat sekolah King Biru .







Ini BESTFRIEND King Biru " sempat lagi CAT WALK " . Nak tahu siapa dia ?
Dia merupakan NAIB PENGERUSI PENGAWAS PUSAT SUMBER 
Namanya AMIRAH




Dah habis semua sukan di sertai oleh King Biru , jadi King Biru pun teruslah ke dewan . Nak tahu sebab apa ? sebabnya pada keesokan harinya ada pertandingan MEMASAK PERINGKAT NEGERI tetapi King Biru tak masuk " bukan budak kelas memasak " . Jadi kenalah tolong cikgu apa yang patut di dewan tu .





Test - test one , two and three .








Pelajar ini merupakan ARTIS di sekolah King Biru .
hehehe .







sorry gambar nie macam gelap sebab membelakangkan cahaya .







Inilah King Biru cakapkan yang gadis dua orang tu artis sekolah King Biru .




Pada hari pertandingan King Biru di pilih " bukan secara suka rela ok " untuk join chef memasak . Memang rasa terkejut sangat - sangat time tu . King Biru tengah sibuk tangkap gambar , chef tu panggil King Biru untuk memasak bersama - sama dengan mak angkat King Biru tadi .


Chef tu bagi menu . Menu yang King Biru dapat ialah AYAM MADU MAGGI . Memang FIRST TIME memasak lauk tu . Tapi masakan King Biru tak menjadi " malunya " . Bukan jadi ayam madu maggi , jadi ayam madu maggi TERLEBIH AIR " nampak sangat tak reti masak " . hehehe



Rabu, 20 Jun 2012

Wuaaaaaa ... Sukanyaaaaaa !!! ♥


Aik . Apa yang menyebabkan King Biru suka sangat nie ? Tengok tajuk tu pun nampak macam King Biru HAPPY sangat . Nak tahu sebab apa King Biru happy atau suka sangat - sangat ? Tengok gambar di bawah ini .







Tengok tu CHAT antara King Biru dengan ABANG NGAH King Biru . Suka sangat - sangat . King Biru tak lama lagi dapat ANAK SAUDARA baru . Alhamdulillah . Tapi yang tak boleh bla nya , boleh pula King Biru tanya " npe kak su pregnent ke ...??? " rasa nak berguling - guling je " malunya " .


So sekarang nie King Biru tengah tunggu kehadiran ahli baru dalam FAMILY King Biru . Baby BOY ke baby GIRL ? Persoalan ini sentiasa berlega - lega di kotak pemikiran King Biru .


Tahun depan anak saudara King Biru yang paling tua sekali dah nak masuk SEKOLAH RENDAH . Wow . Tak sabar nak tengok dia pakai UNIFORM sekolah " excited punya pasal "


Tapi King Biru suka bermain dengan adik dia tu . Serius , manja betul dengan King Biru . Lepas tu kalau menangis , comel betul suara dia . Geram betul rasanya " rindu punya pasal " .



Ahad, 17 Jun 2012

Adakah King Biru Pakar Bab Bercinta ?


Dah lama King Biru tidak bercerita di dalam blog ini . Hari tiba - tiba je nak bercerita tentang bab CINTA . Kenapa nak cerita bab nie ? Sebenarnya ada seorang kawan King Biru nie , dia macam fikiran dia tengah bercelaru . Tak tahu nak cakap apa dah .


Ramai juga la yang datang pada King Biru , bercerita tentang masalah pasangan masing - masing . Maybe dekat baju King Biru ada nama King Biru PAKAR BAB BERCINTA kot . Hehehe


Tetapi King Biru sedia mendengarnya . Kerana orang dalam kesusahan lepas tu minta bantuan daripada kita , mesti kena bantu bukan ? Tapi masalah King Biru tidak suka masuk campur di dalam kes bercinta ini . 








Ini salah seorang kawan King Biru yang meminta tolong dalam cinta nie . Ada jugalah King Biru nasihat dia . Bermacam - macam nasihat King Biru lontarkan kepada dia . Sebagai contoh ,

La kau masih lagi ber - couple dengan dia ke ? Baik ko bagi tahu dia . Berterus terang yang kau masih sayang pada dia .


Itulah nasihat King Biru pada kawan King Biru nie . Dia merupakan pelajar tingkatan 4 di sekolah King Biru . Macam - macam masalah ada .


Persoalannya di sini ialah , pernahkah King Biru bercinta ? jawapannya memang PERNAH pun . Time tu baru nak membesar . Tak tahu apa - apa pun . Tetapi King Biru dah BREAK dengan si dia . Sampai sekarang King Biru masih lagi SINGLE " dah merah muka " .




Rabu, 13 Jun 2012

Adakah King Biru suka ber - " Fashion " ?


Sabar je la dengan tajuk entry tu . Boleh pula BAHASA MELAYU di gabungkan dengan BAHASA INGGERIS . Biasalah nak buat bagi menarik sikit " jangan yang tak baca sudah la " , tidak begitu ? 


Adakah korang kaki FESYEN ? " Melayu balik " . Apa yang korang akan menitik beratkan ? adakah baju ? tudung bagi kaum Perempuan ? dan sebagainya . Kalau King Biru pula , King Biru sangat menitik beratkan tentang BAJU dan RAMBUT semasa King Biru hendak keluar dengan kawan - kawan King Biru .


" FASHION " BAJU

Baju memainkan peranan yang penting untuk berfesyen . Kalau warna cerah lagi ok kot daripada warna gelap . Kalau penggunaan warna gelap macam tak berapa nak ceria . " Tolong baiki kalau salah "


Tetapi King Biru memang gemar menggunakan baju berwarna GELAP nie . Tetapi warna baju King Biru tak ambil kisah sangat , yang King Biru kisahkan bagaimana nak mengayakannya tu . 


Pernah satu hari tu , King Biru keluar pergi bandar dengan kawan - kawan King Biru . Lepas tu King Biru gayakan baju tu rasanya TERLAMPAU kot . Sampai semua orang tengok King Biru . Nasihat King Biru , jangan gayakan baju yang tahap terlampau ok kalau tak orang lain pandang pelik .


Tetapi kalau korang pergi ke kedai makan yang biasa , jangalah bergaya sangat . Ala kadar sudah mencukupi . Jangan nak terlampau berfesyen sangat . Kalau dekat kedai makan yang bertaraf sikit " sikit je la " barulah korang gayakan baju tu .




" sekadar hiasan "




" FASHION " RAMBUT

Tidak lengkap bagi seseorang jejaka kalau berfesyen pakaian tetapi rambut tidak . Fesyen rambut juga memainkan peranan yang penting bagi kaum LELAKI


Pada tahun 2010 - 2011 , King Biru selalu gayakan rambut King Biru dengan ala - ala EMO . Dahsyatnya !!! Ala biasa - biasa je . Tetapi tahun 2012 nie , gaya rambut King Biru ialah .......................... Sebenarnya King Biru lupa nama gaya rambut pakai sekarang . Cewah pakai tu la tak mudah .


Di mana King Biru mengayakan rambut ? selalunya King Biru akan buat di SALON dan di rumah pula King Biru akan ikut apa yang pekerja King Biru gayakan pada rambut King Biru nie . Bagi King Biru di salon senang banyak untuk mengayakan rambut . Cuma cakap sahaja gaya rambut apa nak , gerenti dia akan buat .




" sekadar hiasan "




Kalau nak bergaya , kenalah berpada - pada ok dan kena pada tempatnya . Jangan pula terlebih bergaya sampai orang di sekeliling kita pandang lain macam je .


" Don't you want to see these clotheson me ? I am anyone you want me to be "



Selasa, 12 Jun 2012

Tutorial : Timbang Berat Blog Anda


Adakah blog korang sudah sampai satu tahap di mana blog anda sudah OBESITI ? Kalau dah sampai tahap itu , cepat - cepat buang benda - benda yang tidak patut dalam blog tu . Untuk mengetahui blog anda sudah sampai tahap itu atau tidak , jom ikut tutorial ini ok ...









STEP 1 : Masuk ke dalam blog korang .

STEP 2 : Pergi ke webside ini ---> TIMBANG BERAT BLOG ANDA

STEP 3 : Masukkan LINK blog korang dalam kotak yang tersedia di situ . Tengok gambar di bawah








STEP 4 : Dah masukkan link dalam kotak yang King Biru tunjukkan tu . Tekan CHECK ! ok . 


Dan akhirnya , dia akan keluar berat blog korang di bahagian bawah . Seperti gambar di bawah .







Ok , kalau blog korang bawah daripada 150 KB itu dah kira ok . Kalau bawah daripada 100 KB lagi ok King Biru rasa ataupun kalau cepat blog korang tu bermakna oklah tu .


Seperti yang King Biru cakap pada pemulaan tutorial ini , untuk mengelakkan blog korang sampai ke tahap obesiti , korang mestilah buang benda - benda yang sepatutnya di dalam blog ok . Nanti bagitahu berat blog korang dekat King Biru ok .







Dialog antara Seorang Abang dengan Seorang Adik


Pada hari semalam King Biru telah menceritakan tentang rumah King Biru dah pasang WIFI . Kalau tidak kesempatan nak baca entry tu , korang boleh klik di entry ini ---> SINI .


Kebetulan semalam King Biru online FACEBOOK . Tengok - tengok ada ABANG King Biru online . So King Biru bagitahu dekat dia , kalau nak balik sini bawalah LAPTOP dia . Boleh online dekat sini . 


Tapi bermacam - macam alasan dia untuk tak nak bawa laptop dia bersama balik ke rumah nie . Dia cakaplah berapa sebulan , King Biru jawab murah sahaja . Abang King Biru cakap lagi , laptop nie khas untuk buat kerja . Sabar je la .


Pernah satu part tu , dia gelak bila King Biru hantar chat dekat dia mengenai tak rebut laptop dengan abang King Biru . Bila abang King Biru balik sahaja sini , King Biru mesti berebut laptop nak online .













Itulah DIALOG ANTARA SEORANG ABANG DENGAN SEORANG ADIK . Tapi King Biru peliklah , kenapa ye bila guna wifi nie dia kadang - kadang ok dan kadang - kadang tak ok . Pening King Biru .


Mesti korang ada peristiwa yang menarik dengan abang - abang korang ( bagi sesiapa yang ada abang la ) . Sengal sungguh abang King Biru tu . Sabar je la .




Isnin, 11 Jun 2012

Selamat Tinggal Broadband , Selamat Datang Wifi


Penatnya . Biasalah hari pertama persekolahan , dua minggu cuti . Memang best tersangat - sangatlah . Ingatkan tadi nak ponteng , di sebabkan King Biru rasa akan dapat result hari ini , King Biru mengambil keputusan untuk pergi ke sekolah .


Masa King Biru balik daripada sekolah , King Biru tunggulah ayah King Biru ambil King Biru . Memang lama juga King Biru tunggu . Tak lama selepas tu ayah King Biru datang bawa kereta hospital . 


Sampai sahaja di rumah , King Biru di kejutkan dengan satu BERITA GEMBIRA iaitu WIFI dah ada dekat rumah King Biru . Punyalah seronoknya walaupun dalam keadaan tak berapa nak sihat nie . So apalagi King Biru pun cubalah , memang laju .









Dah ada wifi di rumah sendiri , tak perlulah King Biru nak pergi rumah kawan King Biru nak line laju punya . Di rumah sudah ada . Lepas ini King Biru tak akan guna BROADBAND . Selamat berpisah broadband . Sedih betul .









Tak sangka King Biru sudah guna broadband selama 3 Tahun . Lama juga ye . Last - last , pada hari ini King Biru dah tak nak guna broadband . Agak sedih jugalah nak berpisah dengan broadband . Drama la pula .



Jangan ada yang nak menagis pula selepas baca entry ini . Kalau ada yang nak menangis , sediakan TISU dengan kuantiti yang banyak ok . Lagipun cerita King Biru bukannya sedih sangat . Entry ini bukan bertujuan untuk RIAK ok . Harap Maklum .



Ahad, 10 Jun 2012

Tutorial : Tulisan Membesar Apabila Cursor melalui Link


Dah lama tak buat tutorial . Hari ini King Biru nak share satu lagi tutorial yang patut King Biru share . Seperti yang korang tahu , tutorial King Biru berkaitan dengan tajuk entry King Biru


Korang tak tahu apa itu TULISAN MEMBESAR apabila cursor memalui link ? Korang boleh cuba link dekat BLOG ARCHIVE . Bagaimana nak buatnya ? Jom ikut step yang akan King Biru pertonjolkan .






STEP 1 : Dashboard / Papan Pemuka > Design / Reka Bentuk > Edit HTML

STEP 2 : Dengan menggunakan Ctrl + F atau boleh juga tekan F3 cari kode dibawah

a:hover


STEP 3 : Kmudian copy kode dibawah dan paste dibahagian bawah kode yang korang cari di STEP 2 tadi .

font-size: 15px;font-weight: bold;text-decoration: none;}


Warna MERAH = korang boleh setting saiz tulisan membesar ikut kesukaan korang .


STEP 4 : Sudah selesai , korang PREVIEW dahulu . Kalau tiada ERROR , korang boleh SAVE . Senang Bukan . Apa lagi cubalah .





Pergi Bercuti di Kuantan


Hari ini ( Ahad ) merupakan hari terakhir cuti sekolah . Mesti ada FAMILY bawa anak - anak mereka pergi ke tempat percutian yang menyeronokan . Hari esok bermula hari persekolahan . Jadi , jangan nak ponteng atau buat cuti sendiri pula .


Pada hari semalam , King Biru pergi bercuti dengan KAWAN BAIK King Biru iaitu SYAFIQAH . Pada mulanya , King Biru dapat panggilan daripada beliau . King Biru dapat tahu yang family beliau mengajak King Biru pergi bercuti bersama - sama . Nak tahu di mana ? Di GAMBANG WATER PARK .








Memang menyeronokan King Biru . Sebabnya sudah lama tak menjejakkan kaki di tempat tersebut . Apabila sudah sampai di tempat tersebut , King Biru terasa EXCITED nak mandi kolam . Biasalah dah lama tak mandi KOLAM





bukan pasangan bercinta ok .





Family SYAFIQAH




Dah habis gambar diambilnya , time inilah King Biru paling suka iaitu terjun ke dalam kolam . Tapi kena sewa pelampung , untuk main gelongsor dan di pantai buatan manusia tu . 


Banyak juga peristiwa manis di sana , antaranya ialah pelampung King Biru terbalik . Biasalah tak seimbang . Malu juga masa itu , sebab orang ramai tengok kita .


Ada satu lagi peristiwa dimana ketika King Biru bermain gelongsor . Pada mulanya Syafiqah turun dahulu , dengarlah jeritan dia tu . Tak lama lepas itu King Biru pula turun . Sampai sahaja di bahagian bawah tu , Syafiqah jerit nama King Biru . " FIKRI !!! " kata Syafiqah . King Biru buatlah PEACE dekat dia . Tanpa disedari , rupa - rupanya ada KAMERA yang tangkap gambar gelagat kami . Memang terasa malunya tu .

King Biru : " weh engkau tak bagitahu yang ada orang tangkap gambar aku tadi . "
Syafiqah  : " aku dah jerit nama engkau , tapi engkau buat peace sah - sah lawa gambar engkau . "


Labih kurang begitulah perbualan kami yang berjudul " Orang Tangkap Kami " . Gambar tu boleh dilihat di bahagian mula - mula nak masuk TAMAN TEMA AIR tu . Dah puas kami berendam di dalam air , kami semua pun bertolak ke bandar KUANTAN .


Tibanya kami di bandar Kuantan , kami pun pergilah membeli barang di sana . Bermacam - macam Kami beli . King Biru ada nampak sehelai baju tu . Pehhh !!! . Memang SMART sangat - sangat . Nak beli , tapi masa tidak mengizinkan sebabnya kami nak balik awal .


" sampai sahaja rumah , tukar baju . Online muka buka sekejap . Tengok bola . Terus tidur . Kepenatan menlanda "



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...