Entry King Merah pada minggu ini !

Ahad, 10 Jun 2012

Pergi Bercuti di Kuantan


Hari ini ( Ahad ) merupakan hari terakhir cuti sekolah . Mesti ada FAMILY bawa anak - anak mereka pergi ke tempat percutian yang menyeronokan . Hari esok bermula hari persekolahan . Jadi , jangan nak ponteng atau buat cuti sendiri pula .


Pada hari semalam , King Biru pergi bercuti dengan KAWAN BAIK King Biru iaitu SYAFIQAH . Pada mulanya , King Biru dapat panggilan daripada beliau . King Biru dapat tahu yang family beliau mengajak King Biru pergi bercuti bersama - sama . Nak tahu di mana ? Di GAMBANG WATER PARK .








Memang menyeronokan King Biru . Sebabnya sudah lama tak menjejakkan kaki di tempat tersebut . Apabila sudah sampai di tempat tersebut , King Biru terasa EXCITED nak mandi kolam . Biasalah dah lama tak mandi KOLAM





bukan pasangan bercinta ok .





Family SYAFIQAH




Dah habis gambar diambilnya , time inilah King Biru paling suka iaitu terjun ke dalam kolam . Tapi kena sewa pelampung , untuk main gelongsor dan di pantai buatan manusia tu . 


Banyak juga peristiwa manis di sana , antaranya ialah pelampung King Biru terbalik . Biasalah tak seimbang . Malu juga masa itu , sebab orang ramai tengok kita .


Ada satu lagi peristiwa dimana ketika King Biru bermain gelongsor . Pada mulanya Syafiqah turun dahulu , dengarlah jeritan dia tu . Tak lama lepas itu King Biru pula turun . Sampai sahaja di bahagian bawah tu , Syafiqah jerit nama King Biru . " FIKRI !!! " kata Syafiqah . King Biru buatlah PEACE dekat dia . Tanpa disedari , rupa - rupanya ada KAMERA yang tangkap gambar gelagat kami . Memang terasa malunya tu .

King Biru : " weh engkau tak bagitahu yang ada orang tangkap gambar aku tadi . "
Syafiqah  : " aku dah jerit nama engkau , tapi engkau buat peace sah - sah lawa gambar engkau . "


Labih kurang begitulah perbualan kami yang berjudul " Orang Tangkap Kami " . Gambar tu boleh dilihat di bahagian mula - mula nak masuk TAMAN TEMA AIR tu . Dah puas kami berendam di dalam air , kami semua pun bertolak ke bandar KUANTAN .


Tibanya kami di bandar Kuantan , kami pun pergilah membeli barang di sana . Bermacam - macam Kami beli . King Biru ada nampak sehelai baju tu . Pehhh !!! . Memang SMART sangat - sangat . Nak beli , tapi masa tidak mengizinkan sebabnya kami nak balik awal .


" sampai sahaja rumah , tukar baju . Online muka buka sekejap . Tengok bola . Terus tidur . Kepenatan menlanda "



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...