Entry King Merah pada minggu ini !

Isnin, 11 Jun 2012

Selamat Tinggal Broadband , Selamat Datang Wifi


Penatnya . Biasalah hari pertama persekolahan , dua minggu cuti . Memang best tersangat - sangatlah . Ingatkan tadi nak ponteng , di sebabkan King Biru rasa akan dapat result hari ini , King Biru mengambil keputusan untuk pergi ke sekolah .


Masa King Biru balik daripada sekolah , King Biru tunggulah ayah King Biru ambil King Biru . Memang lama juga King Biru tunggu . Tak lama selepas tu ayah King Biru datang bawa kereta hospital . 


Sampai sahaja di rumah , King Biru di kejutkan dengan satu BERITA GEMBIRA iaitu WIFI dah ada dekat rumah King Biru . Punyalah seronoknya walaupun dalam keadaan tak berapa nak sihat nie . So apalagi King Biru pun cubalah , memang laju .









Dah ada wifi di rumah sendiri , tak perlulah King Biru nak pergi rumah kawan King Biru nak line laju punya . Di rumah sudah ada . Lepas ini King Biru tak akan guna BROADBAND . Selamat berpisah broadband . Sedih betul .









Tak sangka King Biru sudah guna broadband selama 3 Tahun . Lama juga ye . Last - last , pada hari ini King Biru dah tak nak guna broadband . Agak sedih jugalah nak berpisah dengan broadband . Drama la pula .



Jangan ada yang nak menagis pula selepas baca entry ini . Kalau ada yang nak menangis , sediakan TISU dengan kuantiti yang banyak ok . Lagipun cerita King Biru bukannya sedih sangat . Entry ini bukan bertujuan untuk RIAK ok . Harap Maklum .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...