Tak sangka dah 49 TAHUN umur mak King Biru . Tapi semalam King Biru dah tulis atas kertas , ucapan happy birthday masa mak King Biru tidur .
Kalau korang nak tahu juga , mak King Biru kahwin muda . Siapa dekat sini ibubapa dia kahwin muda angkat dua belah tangan ? jarak umur antara ABANG LONG King Biru dengan MAK King Biru adalah 19 TAHUN sahaja .
Sekarang mak King Biru dah ada 3 orang CUCU dan King Biru dah jadi POK SU pada usia yang agak muda . Macam Biasa bukan . Anak saudara King Biru yang paling tua sekali berusia 6 tahun . Tahun depan dia dah masuk SEKOLAH RENDAH . Sukanya King Biru .
Nanti masa dia dah darjah , King Biru akan mengajar anak saudara King Biru di rumah pula . Ilmukan mestilah dikongsi bukan . Mana yang King Biru tahu , King Biru akan tolong anak saudara King Biru tu . Anak saudara King Biru tu PEREMPUAN . Tak tahulah senang ke susah nak mengajar dia nanti .
Ada soalan lagi daripada King Biru nie . Siapa dekat sini dah ada anak saudara ? Berdiri cepat . Mesti yang dah ada bukan . Yang belum tu , tunggulah dahulu ok .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan