Entry King Merah pada minggu ini !

Ahad, 30 September 2012

BirthDay My Friend , Naqib

Aduh . Penatnya hari ini . Rasa nak tidur je . Bukan apa hari ini dan hari esok tak ada kelas tambahan . Inilah masanya nak tidur sepuas - puasnya . Apa la King Biru nak dekat SPM sepatutnya pergilah STUDY ke . Hahahahahaha ... Maaf . Kejap lagi King Biru pergi study ye .


Dah jangan nak merepek . Hari ini King Biru nak cerita tentang aktiviti King Biru petang tadi iaitu sambut BIRTHDAY kawan King Biru . Lokasinya di KFC . Pada mulanya , King Biru tiada kenderaan nak pergi ke tempat yang ditetapkan . 


Tetapi berkat kawan King Biru iaitu GHAUS , dapat juga King Biru tompang dia untuk pergi ke majlis tersebut . Tetapi kawan baik King Biru iaitu ISMA dan AZRI memilih untuk berjalan kaki . Jadi , King Biru pun sertailah diaorang juga .


Bila sampai , banyak pula halnya yang si penganjur tu . Kejap jumpa orang tu , kejap jumpa orang nie . Dah la masing - masing tengah lapar . Tetapi nasib baik dia faham kitaorang yang tengah lapar nie . Bila dah sampai sahaja KFC , order la apa yang patut . Tetapi King Biru order dua jenis air .


Sejak kebelakangan ini , King Biru asyik dahaga je . Tu yang sampai satu gelas air tak cukup . Mungkin King Biru kurang minum air kot . Sebab itulah cepat sangat dahaganya . Si penganjur yang sponser semua makanan tu . Sampai duit habis dalam RM 100 lebih . Baik betullah .







Tu la si penganjurnya yang pakai tudung hitam tu . Nama dia SASO " bukan nama sebenar " .







Ini pula AZRI dan ISMA . My bestfriend .







Yang baju warna MERAH tu la adalah orang yang kitaorang sambut hari jadi dia .
Nama dia ialah NAQIB dan yang baju warna HIJAU merupakan sepupu dia . Nama dia ZULHUSNI .







Amaran !!! Jangan tiru aksi ini . Hehehehe ~







Sekali - sekala tunjuk juga muka yang sponser makanan nie .






Bila kami semua sudah puas makan segala jenis makanan yang di hidangkan di hadapan kami semua . King Biru and the geng pergi ke tempat sulaman untuk menyulam nama King Biru , Isma dan Azri di atas BEG . Ingatkan sekejap rupanya lama . 


Bila tengok dia buat nama orang yang tempah lebih awal dari kami . Di sebabkan bosan tunggu lama - lama di dalam kedai tersebut kami semua mengambil keputusan untuk snap gambar di dalam kedai tersebut . 







Ini SARAH .







Gambar di sebelah kiri King Biru bersama dengan bestfriend King Biru iaitu WANIE dan gambar di sebelah kanan , King Biru bersama dengan adik angkatnya iaitu PICAH .







WANIE bergambar dengan ISMA .







Ini pula gambar WANIE bersama dengan NAQIB .






Lepas dah siap pergi sulam nama dekat beg masing - masing , kitaorang pergi lepak di suatu kawasan yang di namakan sebagai PAYUNG . Lepas tu diaorang start la naik tanduk , pergi ambil TEPUNG dan SPRAY kenakan Naqib . Yang King Biru pula , tak sempat nak lari dah terkena juga . Bermandikan tepung King Biru petang tu .







Ini King Biru ye . Jangan tak kenal pula . Berlatar belakangkan Stesen Bas yang baru di Upgrade . Tak lama siaplah .







Inilah beg yang King Biru dengan kawan - kawan pergi hantar kedai sulam nama tu . Ok tak ?






Memang best keluar pergi sambut birthday kawan King Biru seorang tu . Tetapi King Biru malu betullah semalam . Bukan apa main tepung lepas tu King Biru lupa ada pasar malam . Dengan muka yang agak tebalnya pergi je la pasar malam tu . Buat tak tahu aja . Hehehehehehehe ... Tetapi memang best . 




Sabtu, 29 September 2012

Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan Part 3


Dah lama King Biru tak buat sambungan cerita daripada Part 2 dulu . Sekarang King Biru akan menyambung cerita tersebut di dalam Part 3 pula ya . Part 3 ini akan mengisahkan tentang PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR .


Malam sebelum pertandingan tu , peserta yang layak ke peringkat akhir kena cabut undi untuk menentukan peserta ke berapa . Apabila nama King Biru di sebut , King Biru terus ke atas pentas di dewan makan tersebut . Acara tersebut berlangsung semasa semua tengah makan malam .


Bila King Biru cabut undi , King Biru dapat peserta yang PERTAMA . Punyalah terkejutnya masa tu . Malam tu memang bedebar sangat - sangat . Pada keesokan harinya pula . King Biru terbangun lewat " tolong faham dengan perkataan " ter " ye " dah la masa tu King Biru peserta pertama .


Punyalah bedebarnya . Rasa nak pengsan . Pergi makan pagi memang hilang terus selera makan . Cikgu King Biru suruh King Biru makan supaya ada tenaga bila berada di atas pentas nanti . King Biru cuma minum secawan TEH sahaja . Tak nak makan .
 
 
Bila dah tiba giliran King Biru untuk memyampaikan pidato tu , hati memang terasa bederbar yang tahap maksimum dah masa tu . Dengan perut lapar masa tu , memang rasa nak PENGSAN je atas pentas tu . Tetapi kita perlulah cover bukan . Jangan tunjuk sangat gementar tu .
 
 
Bila sampai masa juri nak menguji tahap kefahaman kita tentang tajuk yang kitaorang pilih tu . King Biru paling bedebar dengan SOALAN SPONTAN tu .  Tetapi King Biru jawab je . Dah tak kira dah betul ataupun salah . 







Bergambar sebelum pertandingan . King Biru bergambar dengan rakan seperjuangan King Biru yang berentap di peringkat akhir . Yang GIRL tu wakil dari PERAK . Yang BOY tu wakil dari SELANGOR .







 Inilah King Biru . Bertanding di peringkat akhir .







Pemidato yang pergi ke peringkat akhir . Ini masa keluar pergi rehat . Ada kamera depan kitaorang terus posing . Hehehehe ...







Sebelum pergi keluar rehat tadi , 10 finalis Pidato kena pegang bendera Malaysia dan PNB . Tu yang kena buat raptai sekejap tu . 








Gelagak kami semasa menunggu keputusan keluar .








Inilah hasilnya . Sebenarnya kitaorang kena sambut VIP yang datang ke dalam majlis nie . Lepas itu barulah nyanyi Lagu Negaraku .







Walaupun kami tak menang cuma dapat saguhati . Tetapi bila bergambar memang posing habis . Inilah kenangan yang sukar untuk di lupa .







Bergambar dengan akak - akak PNB .








 Time nak keluar makan di kawasan luar Hotel yang kitaorang menginap .







Sebelum nak keluar sempat lagi untuk bergambar .








Tengah makan pun sempat lagi bergambar . Kalau korang perasan , dekat tempat King Biru tu ada dua gelas . Sebenarnya itu merupakan minuman King Biru . Di sebabkan terlalu dahaga . Jadi terpaksalah order dua jenis minuman .







Banyak kenangan semasa King Biru berada di sana . Semuanya sporting - sporting belaka . Biasalah hari pertama dulu malu - malu kucing " kucing juga di sebut " . Bila dah lama kenal dan dah tahu perangai masing - masing tu yang jadi rapat tu . 


Walaupun tak menang , King Biru memang bersyukur sangat - sangat dapat pergi ke peringkat kebangsaan dan dapat pula pergi ke pentas akhir . Semasa di peringkat separuh akhir , ada 30 peserta dan juri pilih 10 peserta untuk ke pentas akhir .


Ini merupakan kenangan yang memang sukar untuk King Biru lupakan . Ini juga merupakan kali PERTAMA King Biru menjejakikan kaki ke peringkat kebangsaan . Memang seronok . Seronok sangat - sangat .




Ahad, 23 September 2012

Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan Part 2


Sorry korang . Hari ini King Biru lambat sikit update blog nie . Ada kerja sedikit tadi . Semalam King Biru dah ceritakan hari pertama King Biru menjejakkan kaki di hotel tersebut kerana menghadiri satu pertandingan peringkat kebangsaan . 


Bagi korang yang tak sempat nak baca entry King Biru pada hari semalam , korang boleh klik di PART 1 . Jangan lupa baca bagi yang belum membacanya . 


Hari ini King Biru akan menceritakan tentang HARI PERTANDINGAN berlangsung dan ada aktiviti tambahan selepas pertandingan tersebut . Mengikut cerita semalam King Biru merupakan peserta yang ke 23 daripada 30 . Memang lama nak tunggu dekat situ .


Apa yang King Biru buat adalah keluar dan masuk dewan tersebut . Di sebabkan terlalu BERDEBAR walaupun peserta yang ke 23 tetapi rasa macam peserta yang pertama je . Time sarapan tu pula , tengok makanan semuanya sedap - sedap . 


Tetapi pada waktu itu , King Biru langsung tidak ada selera untuk makan pun . Bukan apa terlalu berdebar sangat - sangat . Selera pun dah hilang la . Pada waktu sarapan tu juga " macam dah terlompat cerita je nie " , King Biru ada kenal dua orang peserta yang mewakili Negeri SELANGOR  .


Pada masa yang sama , terus jadi rapat . Kalau selalunya King Biru akan berkepit dengan peserta Terengganu tu . Tetapi bila diaorang kenal King Biru dengan kawan sebilik King Biru , terus jadi SAHABAT . Memang rapat sangat - sangat masa tu . Macam dah kenal lama .


Bila dah tiba waktu King Biru untuk lontarkan hujah - hujah yang bernas kepada sidang penonton dan para juri . King Biru buat yang terbaik . Waktu nie baru sahaja PERINGKAT SEPARUH AKHIR . Dekat peringkat kebangsaan , ada dua peringkat . Satu peringkat separuh akhir dan kedua peringkat akhir .







Ini suasana waktu sarapan pagi .







Inilah dua peserta yang mewakili Negeri Selangor yang King Biru perkatakan tadi .
Yang pakai baju warna BIRU tu nama dia NURIL .
Dan yang pakai baju warna PUTIH tu nama dia HALIL . Diorang memang baik .







Inilah dia Pentas Separuh Akhir .







Ini pula sewaktu makan tengahari .







Bila dah habis sahaja King Biru berpidato time tu . Kawan King Biru daripada Negeri SARAWAK iaitu FAIZAN ajak kami semua pergi ke KOLAM RENANG . Memang excited masa tu . Nak tenangkan fikir dekat situ .







Ini waktu di kolam renang . Yang mengajak tu budak yang di tengah - tengah tu nama dia Faizan .
Memang seronok time nie . Sorry la ada satu nie je gambar .







Bila dah puas berenang dan berendam di dalam kolam tersebut , kitaorang pun baliklah ke bilik masing - masing untuk bersiap makan petang pula . Tetapi dekat kolam renang , diaorang boleh tinggalkan King Biru seorang di kolam tersebut . Dah sampai bilik , apa lagi diaorang semua kena sembur dengan King Biru .







Ini waktu nak pergi makan petang . Maaf ye gambar agak kabur . Hehehe ...







Ini pula time nak pergi makan malam pula . Nak dengar keputusan juri 10 peserta terbaik yang layak pergi ke peringkat akhir .







Ini adalah peserta - peserta pidato .







Sebelum makan , snap picture dahulu .







Dah siap makan . Perut pun dah hilang rasa lapar . Tibalah saat di tunggu - tunggu iaitu 10 peserta pidato terbaik yang akan layak ke peringkat akhir . Memang King Biru berdebar sangat dah time nie . Rasa macam nak keluar je dari situ . 


Bila pengerusi majlis dah sebut nama peserta yang layak tu dan nama King Biru ada sekali , King Biru rasa macam mimpi seketika . Macam tak percaya . Memang seronok sangat - sangat masa tu . Kenagan yang sukar bagi King Biru untuk dilupakan .







Inilah muka - muka 10 peserta pidato terbaik yang dipilih untuk ke peringkat akhir .







Satu , Dua , Tiga , buat gaya Free Style .
Memang kelakar time nie .







Terbaik .







Begitulah cerita Part 2 yang King Biru kongsikan kepada korang semua . Banyak sangat kenagan dalam cerita ini . Mana taknya , King Biru first time menjejakkan kaki ke peringkat Kebangsaan ini . Bukan senang untuk sampai ke tahap ini . Tetapi King Biru tetap bersyukur dengan rezeki yang di berikan .




Sabtu, 22 September 2012

Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan Part 1


Waduh dah lama King Biru tak update blog kan ? Bukan King Biru tak nak update , tetapi sejak dua menjak nie King Biru asyik sibuk dengan pembelajaran . Biasalah SPM kan dah tak lama lagi . Tu yang kena berkorban sikit masa .


Ok mesti korang tertanya - tanya kemana King Biru menghilang bukan ? King Biru cuma menghadiri satu pertandingan yang King Biru sertai iaitu PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT KEBANGSAAN . Korang boleh baca di PIDATO PERINGKAT NEGERI


Hari ini King Biru akan bercerita tentang pada hari pertama menjejakkan kaki ke THE ZON REGENCY HOTEL , JOHOR BAHRU . Itu merupakan tempat penginapan King Biru . Penginapan semua peserta di sponser oleh PNB


Lagipun pertandingan ini bawah PNB . Terima kasih PNB . Memang seronok bermalam di sana . Bila King Biru sampai sahaja hotel tu . Alakah terkejutnya King Biru , punyalah cantik hotel tu . Memang cantik . 


Bila dah check in untuk masuk bilik , orang pertama yang King Biru  kenal dengan budak TERENGGANU nama dia adalah RIDZWAN . Di memang baik sangat - sangat . Dekat situ King Biru cumalah mengenali dia seorang sahaja . 


King Biru akan berkongsi gambar yang sempat King Biru rakamkan untuk korang semua . Gambar ini pada malam yang King Biru sampai ke hotel tersebut .








Ini ialah permandangan hotel tersebut .







Ini waktu peserta makan malam . Memang banyak sangat lauk pauknya .







Inilah budak yang sebilik dengan King Biru .
Nama dia RIDZWAN mewakili negeri TERENGGANU .







Nombor 23 . Apa tu ?
Sebenarnya ini adalah angka giliran King Biru . Malam tu terus buat cabutan nombor peserta .







Ini abang - abang dan Kakak - kakak yang sangat baik dengan kitaorang .
Memang seronok .






Maaflah ye , kalau penaipan King Biru agak tunggang terlanggang ye . Dah lama tak menaip cerita di dalam blog . Maaf ye ... =) Malam ini ataupun hari esok King Biru akan sambung dengan cerita PART 2 pula ok . Tunggu cerita King Biru yang seterusnya ok ...



Ahad, 16 September 2012

Outing With My Bestfriend Part 2


Ok hari ini King Biru akan sambung dengan cerita tentang keluar denga bestfriend King Biru . Ini yang PART 2 pula ye . Bagi sesiapa yang tak sempat nak baca yang lepas tu , bolehlah tekan PART 1 . Baca jangan tak baca pula ye .


Bila perut masing - masing dah berhenti menari , kitaorang pun duduk melepak dekat situ dahulu . Awal lagi nak bergerak . Tetapi memang puas makan dekat sweet apple . Kalau tanya King Biru . Jawapan King Biru sudah semestinya cukup dan tak cukup . 50% 50% katakan .


Dah puas borak dalam sweet apple tu , apalagi mestilah pergi bayar . Takkan nak makan FREE kot . Bila semuanya dah selesai membayar makanan masing - masing , kitaorang gerak pergi ke KEDAI TUDUNG . Pergi teman bestfriend King Biru beli tudung .


Nak kata banyak diaorang beli tudung tu , King Biru tengok macam banyak tetapi bila tengok macam sedikit . Yang King Biru dengan SYAFIQAH dan AMIRAH berbuallah dekat luar kedai tu . Macam - macam gurauan kitaorang perkatakan . Memang lawak masa tu .







Ha yang nie ACTION je lebih . Hehehe ~ Beli pun tak . Cuma tengok - tengok je .







Yang nie tak action . Nie memang betul - betul beli . 
ISMA dan AZRI .






Ha bila dah selesai pergi beli tudung diaorang tu , King Biru ajak pula diaorang teman King Biru beli KASUT . Tetapi bukan kasut King Biru beli SANDAL LELAKI . King Biru tengoklah tak ada warna PURPLE , apalagi King Biru suruh la diaorang yang tolong pilihkan warna apa yang sesuai .


Nak tahu warna apa ? Warna PINK . Kalau warna lain tak apa juga , nie warna pink . King Biru dah la tak suka warna tu . Sabar je la . Demi bestfriend King Biru sanggup beli tau . Biasalah King Biru nak buat kelainan sikit . Bila pakai SMART la pula " alamak perasan sudah " .


Dah puas pergi beli sandal King Biru tu , kitaorang gerak pula ke kedai 7 ELEVEN . Panas - panas macam nie , memang tekak terasa HAUS . Tu yang singgah kedai tu , nak beli air . Selepas tu , kitaorang pergi pula kedai handphone . Nak tengok handphone yang bakal King Biru dan bestfriend King Biru tu .


Harap - haraplah dapat beli handphone tu . King Biru nak sangat handphone tu . Nak tahu handphone apa ? Adalah rahsia . Bila dah beli , baru King Biru bagitahu . 


Lepas tu kitaorang bergerak ke sebuah kedai . Sewaktu kitaorang nak pergi ke kedai yang kitaorang nak pergi , satu peristiwa yang agak kelakar berlaku kepada bestfriend King Biru


Macam nie ceritanya , mula - mula King Biru nampak ada macam dawai , King Biru campak dekat bestfriend King Biru dan King Biru menjerit perkataan " ULAR " . Dia apalagi terkejut orang la . Tak lama lepas tu tapak kasut dia tercabut . Kitaorang semua gelak termasuklah dia sendiri .


Macam mulut buaya dah King Biru tengok . Tergangga je . Nasib baik dia pandai COVER . Sampai satu tahap dia putus asa dengan keadaan kasut dia macam tu . Bestfriend King Biru  mengambil keputusan cambut tapak tersebut .


Aduh . Sakit King Biru gelak masa tu . Lepas tu pergilah ke destinasi seterusnya yang hendak dituju . Bila dah sampai sempat lagi ambil satu barang , tangkap gambar dengan barang tersebut . 







Inilah gelagat kami dekat kedai tersebut .







Dah selesai pusing satu bandar tu , King Biru dengan bestfriend King Biru yang lain mengambil keputusan balik berehat di flat hospital . bila dah sampai , memang terasa sangatlah sukanya bila duduk . Penat berjalan . Pergi sana , pergi sini . Bermacam tempat kitaorang pergi .


Masa tengah berehat dekat flat hospital tu , King Biru bersama - sama ada buat VIDEO . Video yang kitaorang buat ialah AKSI MUKA . Bermacam - macam gaya muka kitaorang tonjolkan . Memang kelakar . Tapi tak boleh kongsi dekat dalam nie . Malu la .


Kalau masa King Biru tengah bosan , bolehlah King Biru tengok video itu . Untuk menghilangkan kebosanan melanda nanti . Tetapi itulah kenagan yang sukar untuk di lupakan .






Gambar pertama tu kasut bestfriend King Biru tu la .
Gambar yang kedua itulah sandal King Biru .
Gambar ketiga gambar AMIRAH dan SYAFIQAH bergambar dengan budak - budak flat tu .






Habislah sudah cerita King Biru pada kali ini . Petang karang King Biru sambung balik untuk cerita King Biru menghadiri satu rumah terbuka kawan sekelas King Biru . Haraplah King Biru dapat hadir dalam jamuan tersebut . 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...