Entry King Merah pada minggu ini !

Ahad, 30 September 2012

BirthDay My Friend , Naqib

Aduh . Penatnya hari ini . Rasa nak tidur je . Bukan apa hari ini dan hari esok tak ada kelas tambahan . Inilah masanya nak tidur sepuas - puasnya . Apa la King Biru nak dekat SPM sepatutnya pergilah STUDY ke . Hahahahahaha ... Maaf . Kejap lagi King Biru pergi study ye .


Dah jangan nak merepek . Hari ini King Biru nak cerita tentang aktiviti King Biru petang tadi iaitu sambut BIRTHDAY kawan King Biru . Lokasinya di KFC . Pada mulanya , King Biru tiada kenderaan nak pergi ke tempat yang ditetapkan . 


Tetapi berkat kawan King Biru iaitu GHAUS , dapat juga King Biru tompang dia untuk pergi ke majlis tersebut . Tetapi kawan baik King Biru iaitu ISMA dan AZRI memilih untuk berjalan kaki . Jadi , King Biru pun sertailah diaorang juga .


Bila sampai , banyak pula halnya yang si penganjur tu . Kejap jumpa orang tu , kejap jumpa orang nie . Dah la masing - masing tengah lapar . Tetapi nasib baik dia faham kitaorang yang tengah lapar nie . Bila dah sampai sahaja KFC , order la apa yang patut . Tetapi King Biru order dua jenis air .


Sejak kebelakangan ini , King Biru asyik dahaga je . Tu yang sampai satu gelas air tak cukup . Mungkin King Biru kurang minum air kot . Sebab itulah cepat sangat dahaganya . Si penganjur yang sponser semua makanan tu . Sampai duit habis dalam RM 100 lebih . Baik betullah .







Tu la si penganjurnya yang pakai tudung hitam tu . Nama dia SASO " bukan nama sebenar " .







Ini pula AZRI dan ISMA . My bestfriend .







Yang baju warna MERAH tu la adalah orang yang kitaorang sambut hari jadi dia .
Nama dia ialah NAQIB dan yang baju warna HIJAU merupakan sepupu dia . Nama dia ZULHUSNI .







Amaran !!! Jangan tiru aksi ini . Hehehehe ~







Sekali - sekala tunjuk juga muka yang sponser makanan nie .






Bila kami semua sudah puas makan segala jenis makanan yang di hidangkan di hadapan kami semua . King Biru and the geng pergi ke tempat sulaman untuk menyulam nama King Biru , Isma dan Azri di atas BEG . Ingatkan sekejap rupanya lama . 


Bila tengok dia buat nama orang yang tempah lebih awal dari kami . Di sebabkan bosan tunggu lama - lama di dalam kedai tersebut kami semua mengambil keputusan untuk snap gambar di dalam kedai tersebut . 







Ini SARAH .







Gambar di sebelah kiri King Biru bersama dengan bestfriend King Biru iaitu WANIE dan gambar di sebelah kanan , King Biru bersama dengan adik angkatnya iaitu PICAH .







WANIE bergambar dengan ISMA .







Ini pula gambar WANIE bersama dengan NAQIB .






Lepas dah siap pergi sulam nama dekat beg masing - masing , kitaorang pergi lepak di suatu kawasan yang di namakan sebagai PAYUNG . Lepas tu diaorang start la naik tanduk , pergi ambil TEPUNG dan SPRAY kenakan Naqib . Yang King Biru pula , tak sempat nak lari dah terkena juga . Bermandikan tepung King Biru petang tu .







Ini King Biru ye . Jangan tak kenal pula . Berlatar belakangkan Stesen Bas yang baru di Upgrade . Tak lama siaplah .







Inilah beg yang King Biru dengan kawan - kawan pergi hantar kedai sulam nama tu . Ok tak ?






Memang best keluar pergi sambut birthday kawan King Biru seorang tu . Tetapi King Biru malu betullah semalam . Bukan apa main tepung lepas tu King Biru lupa ada pasar malam . Dengan muka yang agak tebalnya pergi je la pasar malam tu . Buat tak tahu aja . Hehehehehehehe ... Tetapi memang best . 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...