Entry King Merah pada minggu ini !

Sabtu, 15 September 2012

Jamuan Hari Raya di Sekolah


Rindunya King Biru dekat blog nie . Bila dah lama tak update rasa gelisah pun ada . Mana taknya takut blog nie terbiar lama - lama . Bila pembaca datang , asyik cerita yang sama diaorang tengok . Lama - lama terus BOSAN .


Hari nie dah ke berapa SYAWAL ? Hari ini dah masuk 28 syawal " kalau silap tolong bagitahu ok " . Dah tak lama lagi bulan syawal melabuhkan tirainya dan BULAN ZULKAEDAH akan menjelang . Dalam bulan syawal juga memberi 1001 kenangan yang King Biru tak dapat nak lupakan . 


Bermacam - macam gelagat kami di bulan syawal nie . Susah untuk di lupakan . Antara kenangan yang King Biru tak dapat lupakan iaitu JAMUAN HARI RAYA DI SEKOLAH . Walaupun simple tetapi bagi King Biru meriahlah juga .


Tahun nie tahun akhir King Biru bersekolah di sekolah King Biru tu . Tahun depan dapat merasa lagi ataupun tidak . Kalau di jemput insyaAllah King Biru akan pergi . Tengok - tengok time di jemput tu King Biru dah masuk ke pusat pengajian tinggi dah . Amin ~


Harap - harap impian King Biru tercapai untuk mengembirakan keluarga King Biru . Bila aktiviti tu berlangsung , masa tu King Biru bersama - sama kawan sekelas King Biru tengah menduduki PERCUBAAN SPM . Nasib baik hari tu cuma satu kertas je . Bolehlah kitaorang nie sertai jamuan hari raya tu .


Bila dah habis sahaja peperiksaan pada hari itu , terus melulu ke DEWAN sekolah . Tengok - tengok majlis jamuan hari raya belum bermula . Sebelum jamuan hari raya tu , ada majlis HARI PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN . Majlis tu King Biru tak sempat sertai .






Ini King Biru bergambar dengan cikgu BAHASA INGGERIS King Biru bersama dengan budak form 4
iaitu TEACHER WAHIDAH dan PIECA .







Ini pula bestfriend King Biru iaitu SYAZWANI .







Ini pula SYAZWANI bersama dengan ISMA .
Bestfriend King Biru juga .







Seperti yang King Biru cakap tadi , walaupun SIMPLE tetapi meriahlah . Yang King Biru tak suka masa jamuan itu adalah makanan dia . King Biru tak makan MEE . Memang King Biru tak makan mee . Bukan sebab memilih ok . Hehehehe ...


Tetapi apakan daya , King Biru tengah lapar masa tu . Lagipun kantin sekolah pada masa yang sama pun TUTUP . So, King Biru makanlah juga mee tu walaupun tak berapa nak gemar . 


TUNGGU ENTRY KING BIRU YANG SETERUSNYA . MENGENAI PHOTOSHOOT SEMALAM .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...