Entry King Merah pada minggu ini !

Ahad, 16 September 2012

Outing With My Bestfriend Part 2


Ok hari ini King Biru akan sambung dengan cerita tentang keluar denga bestfriend King Biru . Ini yang PART 2 pula ye . Bagi sesiapa yang tak sempat nak baca yang lepas tu , bolehlah tekan PART 1 . Baca jangan tak baca pula ye .


Bila perut masing - masing dah berhenti menari , kitaorang pun duduk melepak dekat situ dahulu . Awal lagi nak bergerak . Tetapi memang puas makan dekat sweet apple . Kalau tanya King Biru . Jawapan King Biru sudah semestinya cukup dan tak cukup . 50% 50% katakan .


Dah puas borak dalam sweet apple tu , apalagi mestilah pergi bayar . Takkan nak makan FREE kot . Bila semuanya dah selesai membayar makanan masing - masing , kitaorang gerak pergi ke KEDAI TUDUNG . Pergi teman bestfriend King Biru beli tudung .


Nak kata banyak diaorang beli tudung tu , King Biru tengok macam banyak tetapi bila tengok macam sedikit . Yang King Biru dengan SYAFIQAH dan AMIRAH berbuallah dekat luar kedai tu . Macam - macam gurauan kitaorang perkatakan . Memang lawak masa tu .







Ha yang nie ACTION je lebih . Hehehe ~ Beli pun tak . Cuma tengok - tengok je .







Yang nie tak action . Nie memang betul - betul beli . 
ISMA dan AZRI .






Ha bila dah selesai pergi beli tudung diaorang tu , King Biru ajak pula diaorang teman King Biru beli KASUT . Tetapi bukan kasut King Biru beli SANDAL LELAKI . King Biru tengoklah tak ada warna PURPLE , apalagi King Biru suruh la diaorang yang tolong pilihkan warna apa yang sesuai .


Nak tahu warna apa ? Warna PINK . Kalau warna lain tak apa juga , nie warna pink . King Biru dah la tak suka warna tu . Sabar je la . Demi bestfriend King Biru sanggup beli tau . Biasalah King Biru nak buat kelainan sikit . Bila pakai SMART la pula " alamak perasan sudah " .


Dah puas pergi beli sandal King Biru tu , kitaorang gerak pula ke kedai 7 ELEVEN . Panas - panas macam nie , memang tekak terasa HAUS . Tu yang singgah kedai tu , nak beli air . Selepas tu , kitaorang pergi pula kedai handphone . Nak tengok handphone yang bakal King Biru dan bestfriend King Biru tu .


Harap - haraplah dapat beli handphone tu . King Biru nak sangat handphone tu . Nak tahu handphone apa ? Adalah rahsia . Bila dah beli , baru King Biru bagitahu . 


Lepas tu kitaorang bergerak ke sebuah kedai . Sewaktu kitaorang nak pergi ke kedai yang kitaorang nak pergi , satu peristiwa yang agak kelakar berlaku kepada bestfriend King Biru


Macam nie ceritanya , mula - mula King Biru nampak ada macam dawai , King Biru campak dekat bestfriend King Biru dan King Biru menjerit perkataan " ULAR " . Dia apalagi terkejut orang la . Tak lama lepas tu tapak kasut dia tercabut . Kitaorang semua gelak termasuklah dia sendiri .


Macam mulut buaya dah King Biru tengok . Tergangga je . Nasib baik dia pandai COVER . Sampai satu tahap dia putus asa dengan keadaan kasut dia macam tu . Bestfriend King Biru  mengambil keputusan cambut tapak tersebut .


Aduh . Sakit King Biru gelak masa tu . Lepas tu pergilah ke destinasi seterusnya yang hendak dituju . Bila dah sampai sempat lagi ambil satu barang , tangkap gambar dengan barang tersebut . 







Inilah gelagat kami dekat kedai tersebut .







Dah selesai pusing satu bandar tu , King Biru dengan bestfriend King Biru yang lain mengambil keputusan balik berehat di flat hospital . bila dah sampai , memang terasa sangatlah sukanya bila duduk . Penat berjalan . Pergi sana , pergi sini . Bermacam tempat kitaorang pergi .


Masa tengah berehat dekat flat hospital tu , King Biru bersama - sama ada buat VIDEO . Video yang kitaorang buat ialah AKSI MUKA . Bermacam - macam gaya muka kitaorang tonjolkan . Memang kelakar . Tapi tak boleh kongsi dekat dalam nie . Malu la .


Kalau masa King Biru tengah bosan , bolehlah King Biru tengok video itu . Untuk menghilangkan kebosanan melanda nanti . Tetapi itulah kenagan yang sukar untuk di lupakan .






Gambar pertama tu kasut bestfriend King Biru tu la .
Gambar yang kedua itulah sandal King Biru .
Gambar ketiga gambar AMIRAH dan SYAFIQAH bergambar dengan budak - budak flat tu .






Habislah sudah cerita King Biru pada kali ini . Petang karang King Biru sambung balik untuk cerita King Biru menghadiri satu rumah terbuka kawan sekelas King Biru . Haraplah King Biru dapat hadir dalam jamuan tersebut . 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...