Entry King Merah pada minggu ini !

Sabtu, 15 September 2012

Outing With My Bestfriend Part 1


Sekarang giliran cerita yang kedua pada malam ini . King Biru dah bagitahu bahawa malam ini King Biru akan mengarang dua cerita . So , cerita yang kedua akan mengambil tempat pada malam ini . Cerita ini mengisahkan tentang aktiviti King Biru pada hari ini .


Cerita nie bermula macam nie , BESTFRIEND King Biru iaitu SYAFIQAH plan nak keluar pada hari ini dengan kitaorang . Bila King Biru dengar tu , apa lagi King Biru memang EXCITED la bila dia nak datang sini . King Biru memang seronok sangat - sangat masa tu .


Pada hari ini dia pun menunaikan apa yang dia perkatakan nak datang sini . Dia menyuruh King Biru ajak yang lain . Tetapi King Biru tersangatlah lupa . Banyak benda King Biru kena fikirkan . Bukan satu benda tu je King Biru fikir .


Tadi jemput dia agak lewat juga . Kesiannya la King Biru tengok . Sepatutnya King Biru tunggu dia , bukan dia yang tunggu King Biru . Lagipun bukan sengaja King Biru datang lewat . King Biru ada aktiviti di rumah yang kena selesaikan .


Lepas dah selesai kerja - kerja di rumah , apalagi melulu King Biru pergi ke tempat dia tunggu tu . Masa On The Way pergi ke sana tu , memang dalam kotak pemikiran King Biru asyik terbayang - bayang yang dia akan marah King Biru . Tetapi bila sampai dia tak marah pun .


Tak lama lepas tu , jumpalah bestfriend King Biru iaitu ISMA naik kereta dengan mak dia . King Biru ajak dia keluar juga  . Tetapi dia kena teman mak dia pergi beli barang . So , tak lama lepas tu kitaorang pun naik la kereta mak dia tu . Pergi ke rumah bestfriend King Biru yang lagi seorang iaitu AMIRAH .


Sebabnya bila telefon tak berangkat . Tu yang geram tu . Sampai pergi GEGAR rumah dia . Tetapi nasib baik tak ada mak dia . Kalau tak memang malu masa tu . Tak lama lepas kitaorang dah gegarkan rumah dia , dia pun keluar . Geram betul King Biru dengan minah seorang tu .


Yang Isma pula balik kejap nak ambil barang masa tu . Sambil menunggu kedatangan Isma , King Biru pergilah tolong buat HEADER untuk Amirah tu . Kesian King Biru tengok . So , King Biru pun layanlah pemintaan dia . Buatlah header untuk dia tetapi sekerat jalan je la .


Nak tahu sebab apa ? Sebabnya Isma dah sampai rumah Amirah . Ingatkan bila dah sampai terus nak bertolak , tetapi diaorang nie nak ber - MAKE UP la pula . Selepas itu , King Biru sempatlah tangkap gambar diaorang time tu .







Ini adalah gambar yang King Biru tangkap tadi .







Abaikan muka King Biru tu ye .






Dah puas tangkap gambar tu . Masa untuk bergerak ke destinasi yang nak dituju . Tak lama lepas tu datanglah bestfriend King Biru seorang lagi iaitu AZRI . Dia lambat datang sebab ada kelas pada pagi tadi . Kitaorang tak ada kelas pagi nie . So , tu yang rancang nak keluar tu .


Mula - mula rancang dahulu nak pergi mana , akhirnya kitaorang sepakat nak pergi makan dahulu di SWEET APPLE . So , kitaorang pun pergilah sweet apple tu . Memang perut masing tengah lapar katakan . Dah sampai tu , macam biasalah order macam biasa .


Tapi ada satu peristiwa yang King Biru tak dapat nak lupakan dekat sweet apple tu . Tapi malaslah nak cerita  dalam blog nie . Biarlah rahsia ~ . 






Time di SWEET APPLE .







Ini AZRI dan ISMA .








Bila perut masing - masing dah berhenti menari , kitaorang duduk melepak dekat situ dahulu . Awal lagi nak geraknya . Tetapi memang puas makan pagi tadi . Kalau tanya King Biru . Jawapan King Biru sudah semestinya cukup dan tak ckup . 50% 50% katakan .


Malam ini King Biru cerita yang Part 1 dahulu . Hari esok baru King Biru sambung Part 2 pula . Sebabnya banyak gambar yang King Biru tangkap . So , esoklah King Biru sambung . 



3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...