Entry King Merah pada minggu ini !

Ahad, 11 November 2012

Photoshoot Lagi ! Yeah !


Hai semua ! Apa khabar ? Adakah hari ini ceria bagi korang semua ? Diharap ceria selalu . Ok hari Ini King Merah nak menceritakan tentang photoshoot yang telah dijalankan pada hari jumaat baru - baru ini . Jom baca entry King Merah yang seterusnya .


Kami merancang untuk ber - photoshoot pada hari tersebut . Apa yang kami rancangkan itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan . Pada photoshoot kami pada kali ini , kami merancang untuk menerapkan kelainan sedikit pada gambar kami .


King Merah selaku editor bagi gambar tersebut , mencari idea untuk memasukkan elemen kelainan di dalam gambar itu berdasarkan atas pemintaan bestfriends King Merah . Tetapi elemen kelainan yang di terapkan oleh King Merah belum la di tahap yang memuaskan . 


Ini kerana , King Merah tiada kepakaran untuk menjadikan gambar sebenar dan gambar tiruan kelihatan seperti gambar sebenar . Mungkin King Merah perlukan lagi ilmu - ilmu yang King Merah perlu di ambil . Tetapi di mana King Merah mahu belajar semua itu ? King Merah pun tak tahu . Korang boleh tengok hasilnya .






Photoshoot 1







Photoshoot 2







Photoshoot 3







Photoshoot 4







Photoshoot 5







Photoshoot 6








Photoshoot 7






King Merah hanya pilih 7 sahaja gambar untuk di kongsikan dan di upload di dalam blog King Merah . King Merah tak la hebat sangat nak edit gambar tambahan tu supaya jadi gambar real . Nak kena siapa photographer kami berdua ?







Yang memakai baju berwarna biru la photographer kami .






Inilah yang King Merah cakap . Unsur atau elemen kelainan yang kami ketengahkan .


Photographer : Ghaus
Juru Solek : Syazwani
Editor : King Merah

Ahad, 4 November 2012

Terima Kasih Semua !


Hai semua . Apa khabar semua ? Dah lama King Merah tak update cerita dalam blog nie . Bukan sebab malas ok . Sebabnya King Merah memberi sepenuh tumpuan dekat peperiksaan SPM yang bakal King Merah hadapi pada 05.11.2012 iaitu pada hari esok ( Isnin ) .


Jadi , masa yang ada nie King Merah akan cuba untuk berkongsi cerita tentang peristiwa yang tak akan King Merah lupakan buat selama - lamanya .


Ceritanya begini . Pada hari Rabu baru - baru ini . Dekat sekolah King Merah ada satu program yang akan dibuat sepanjang akhir tahun pada setiap tahun iaitu HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM


Hari anugerah ini bertujuan untuk memberi anugerah kepada pelajar yang membawa nama sekolah di peringkat ZON , DAERAH , NEGERI dan KEBANGSAAN . Jadi pada hari tersebut nama King Merah ada tersenarai dekat situ . King Merah memang suka sangat - sangat . 


Nama King Merah tersenarai pun hanyalah sekadar nak ambil sijil sahaja . Kerana King Merah merupakan Pengerusi kepada kelab PPDa . So , disebabkan itulah nama King Merah ada di senaraikan pada hari anugerah tu .


Tak lama selepas itu , King Merah dikejutkan dengan ANUGERAH TERBILANG KOKURIKULUM yang di menangi oleh King Merah sendiri . Pada hari semalam , sesiapa yang terlibat dengan hari tersebut ada buat raptai dan bestfriend King Merah bagitahu yang King Merah dapat anugerah terbilang tu .


Pada mulanya memang tak percaya . King Merah cakap la yang bestfriend King Merah yang bernama GHAUS yang akan dapat . Sebabnya dia pun pernah membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan . 


Bila pengacara majlis dah sebut nama King Merah , sebut keterlibatan King Merah pada tahun ini , King Merah rasa macam mimpi . " Betul ke aku yang dapat nie ? Ke sekadar mimpi ? " . King Merah memang happy sangat - sangat terasa nak terkeluar air mata . 


Nak ke King Merah senarai keterlibatan sepanjang tahun 2012 nie ? Kalau nak boleh je . Tapi sikit je keterlibatan tahun nie .

  • Pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah .
  • Syarahan Agama ( Lelaki ) Peringkat Zon - Johan .
  • Syarahan Agama ( Lelaki ) Peringkat Daerah - Naib Johan .
  • Pertandingan Pidato KPBPNB Peringkat Negeri - Naib Johan .
  • Pertandingan Pidato KPNPNB Peringkat Kebangsaan ( Separuh akhir ) - 10 Finalis .
  • Pertandingan Pidato KPBPNB Peringkat Kebangsaan ( Akhir ) - Saguhati


Itulah senarai keterlibatan King Merah sepanjang tahun ini . Kalau korang perasan hanya satu sukan je yang King Merah sertai yang lain semuanya jenis kurikulum . Yang 10 Finalis tu sebenarnya ada 30 peserta di peringkat kebangsaan . Juri cuma memilih 10 pemidato terbaik untuk dipertandingkan diperingkat akhir .


Itu di maksudkan 10 Finalis . Takut korang tak faham . Satu lagi , King Merah tak akan pergi jauh jika tiada SOKONGAN DARIPADA IBUBAPA dan GURU - GURU , ORANG DI SEKELILING KING MERAH , dan tidak lupa juga kepada KAWAN - KAWAN KING MERAH .













Ok , walaupun King Merah tak dapat buat ucapan pada hari anugerah tersebut . Dalam blog nie King Merah nak buat sedikit ucapan



Kepada Ibubapa King Merah
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa saya kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang aktiviti yang saya sertai . Dan terima kasih sekali lagi kerana mendoakan kejayaan saya pada tahun ini .



Kepada Guru - Guru King Merah
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada cikgu saya iaitu Cikgu Nordiana kerana tunjuk ajar cikgu yang diberikan kepada saya sehingga saya dapat menjejakkan kaki ke peringkat kebangsaan . 


Sebelum pergi ke peringkat kebangsaan , saya dan cikgu saya bertungkus lumus untuk meghasilkan text yang mantap dan sedap untuk di dengari sampaikan saya pernah menyuruh cikgu saya untuk memperbanyakkan peribahasa didalam text tersebut . 


Terima kasih juga kerana memilih saya dari tahun 2010 hinggalah ketahun ini . Walaupun pada tahun 2010 dan 2011 saya mendapat hanyalah SAGUHATI . Saya tidak pernah berputus asa dan alhamdulillah tahun ini rezeki saya , saya dapat tempat NAIB JOHAN dan dapat pergi ke peringkat kebangsaan .


Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Teacher Normala kerana mengajar saya tentang intonasi yang betul sepanjang keterlibatan saya dalam dunia pidato dan syarahan ini . Bila saya masuk pertandingan syarahan saya masih ingat lagi pada tahun 2011 .


Ada seorang peserta perempuan yang berganding dengan saya pada tahun tu , yang dia cakap seperti orang ehem - ehem mesti teacher faham bukan ? Sampai kita gelak tak ingat dunia . Hehehehehe ... Itulah kenagan yang sukar untuk saya lupakan teacher .


Dan seseorang yang saya tidak akan lupakan iaitu Ustazah Rosniza kerana ustazah la yang memperkenalkan dengan dunia syarahan sampai Cikgu Nordiana mengambil saya untuk ke dunia pidato juga . Terima kasih Ustazah .


Saya masih ingat lagi pada waktu saya berusia 13 tahun ( Tingkatan 1 ) , Ustazah pernah pilih saya tetapi Ustazah terpaksa bagi kepada orang lain kerana pada masa itu percakapan dan sebutan saya tidak betul . Selama tiga tahun saya tunggu , barulah ustazah memilih saya untuk menyertai pertandingan syarahan tersebut .


Ini merupakan kali pertama saya menyertai pertandingan tersebut pada tahun 2010 yang memerlukan kita berani untuk bercakap di atas pentas beserta di hadapan penonton dan juri . Dan kali pertama saya dinobatkan sebagai JOHAN SYARAHAN AGAMA pada masa itu . 


Dan dari tahun 2010 hingga tahun 2012 saya dapat mengekalkan kejuaraan saya sampai ada cikgu dari sekolah lain melihat saya diaorang dapat agak yang saya akan menang . Itulah kenagan yang sukar untuk saya lupakan .



Kepada Kawan - kawan King Merah
Tidak lupa juga kepada kawan - kawan saya yang menyokong dari pelbagai sudut . Ada yang memberi nasihat jikalau saya berdebar dan merasakan diri nie rendah . Ada yang memberi semangat supaya saya tidak memperdulikan cara orang yang hebat - hebat .


Dan perkataan yang saya pegang sampai saya ke peringkat kebangsaan ialah " JADILAH DIRI SENDIRI " . Itulah perkataan yang membakar semangat saya untuk meneruskan bidang yang saya ceburi . 


Kawan - kawan saya yang memberi semangat dan sokongan kepada saya iaitu ISMA , AZRI , AMIRAH , EFFIWANIE , GHAUS , YAH dan kawan - kawan saya yang lain yang merupakan orang yang tidak pernah jemu memberi semangat kepada saya . Terima kasih saya ucapkan .




Itulah ucapan yang King Merah ingin ucapkan semasa hari anugerah tersebut . Tetapi tak berkesempatan untuk memberi ucapan tersebut . Jadi kepada sesiapa yang King Merah lupa untuk menyebut nama dia , King Merah minta maaf ok . Jangan marah - marah .













Pembetulan ! Bukan tiga kali ye just dua kali je . Hehehehe ... Ada bestfriend King Merah siap tulis dekat wall dia lagi tu . Sabar je la . Terima Kasih Mirah ....


Ok kalau korang tengok hadiah yang King Merah dapat mesti korang perasan ada dua bukan ? Yang satu lagi tu merupakan hadiah yang King Merah terima pada tahun lepas . King Merah dapat ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM


Pada tahun lepas aktif juga tetapi tak la sampai ke peringkat kebangsaan . Cuma di peringkat negeri je . Tetapi King Merah memang tak berputus asa . King Merah teruskan walaupun ramai yang perasan muka yang sama masuk pertandingan tu pada setiap tahun . 


Kalaulah diberi kuasa untuk memutarkan balik masa , akanku putarkannya . Tetapi King Merah tiada kuasa untuk memutarkannya . Biarlah peristiwa itu menjadi kenagan yang sukar untuk dilupakan . 


King Merah akan ingat buat selama - lamanya . Moga - moga di sekolah King Merah itu pelapis King Merah untuk meneruskan bidang tersebut . Amin ~


Entry ini bukan bertujuan untuk berbangga - bangga ok . Ini cuma untuk berkongsi kegembiraan King Merah dekat korang semua . Bukan nak berbangga - bangga ataupun riak . Maaf King Merah bukan orang yang jenis begitu .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...