Entry King Merah pada minggu ini !

Khamis, 11 Oktober 2012

Blog King Merah tak boleh nak upload gambar !


Aduh . Ada satu lagi masalah lain selepas upgrade blog nie . Sekarang King Merah dah tak boleh nak upload gambar dalam blog nie . Maknanya King Merah tak boleh dah nak share gambar - gambar dekat korang lagi .


Semalam , selepas sahaja dah siap upgarde , kononnya nak ceritalah tentang King Merah upgrade blog semalam . Dah crop blog nie bagai nak rak . Bila dah siap upload , tiba - tiba dia cakap kouta King Merah dah penuh .


Aduh punyalah sedih betul . Dah buntu sekarang nie . Dah tak tahu nak buat apa dah . King Merah cuba cari penyelesaian bagi masalah ini . Tetapi tak jumpa - jumpa . Sampai sakit kepala .


King Merah ada juga minta tolong dari kawan - kawan sekelas dengan King Merah pagi tadi . Tetapi diaorang tidak berapa mahir dalam bidang berblogger nie . Aduh , dah tak tahu nak rujuk dengan siapa sekarang nie .


Tak kan King Merah nak update blog tanpa ada gambar ? Macam membosankan je bukan ? King Merah dah biasa update sahaja blog mesti ada gambar . Kalau tiada gambar memang tak akan update blog tu . Tetapi sekarang dah tak boleh nak update , King Merah update cerita kali ini tanpa gambar .


Ada juga King Merah cuba dengan cara ambil kode URL gambar . Tetapi nak ambil url tu kena upload la , kena tu la , kena ini la . Leceh ! Makan masa yang agak lama juga . King Merah memang tak boleh tunggu lama - lama . Nanti cepat je jadi mood bosan .


Tetapi sekarang King Merah tengah mencuba PICASA WEB ALBUM . Kalau ini adalah formula King Merah yang terakhir lepas tu tak menjadi juga , memang setiap kali King Merah nak update blog , King Merah akan update blog tanpa gambar .


Tetapi kalau gambar tu satu je , King Merah guna kaedah ambil kode url tu . King Merah memang dah buntu sangat - sangat dah masa ini . Dah tak tahu nak guna cara apa lagi . Harap korang boleh bagi cadangan dekat King Merah untuk guna kaedah apa . Pertolongan korang amat di perlukan sekarang .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...