Entry King Merah pada minggu ini !

Jumaat, 12 Oktober 2012

Jamuan Tingkatan 5 di Resort


Dah tak lama lagi King Merah akan menduduki peperiksaan yang menentukan masa depan King Merah iaitu SPM . Debaran kian terasa . Demam peperiksaan pun macam baru nak start . Sepatutnya kena demam peperiksaan dari hari tu lagi .


Tak sangka tahun nie tahun terakhir King Merah di bangku sekolah . Rasa cepat sangat . Sebenarnya dalam hati tak sabar nak habis sekolah . Hehehehe ... Hari nie atau lebih tepat lagi petang tadi , King Merah menghadiri majlis yang di anjurkan oleh pihak sekolah iaitu JAMUAN TINGKATAN 5 .


Walaupun simple , tetap meriah . Hilang semua stress yang ada dalam diri King Merah . Mungkin hari ini stress tu hilang . Tunggulah hari esok dan seterusnya . Mungkin tidak kot . King Merah harap perasaan tersebut tidak menyerang kembali la .


Pada petang tadi di adakan beberapa aktiviti antaranya persembahan pelajar dan guru . King Merah menyertai persembahan pelajar tersebut . King Merah bukannya menyanyi ok . Cuma berpidato menggunakan text masa King Merah pergi ke peringkat kebangsaan dahulu .


Bila mula sahaja percakapan King Merah atas pentas tu , terus King Merah teringat peristiwa dekat sana dulu . King Merah memang rindu dekat diaorang sangat - sangat . Tetapi masa buat persembahan tu , ada la juga tersangkutnya . Bukannya tak ada .


King Merah kena buat persembahan semasa semua orang tengah makan . Hilanglah sikit gementar tu . Walaupun sedikit , King Merah cuba atasi gementar tersebut . Hehehehe ... Bila dah puas makan . Perut pun dah penuh time photoshoot dengan cikgu - cikgu kitaorang . Tetapi kena tengok gambar dari mula la ye .







Gambar di tengah - tengah tu gambar King Merah mengenakan JUBAH PUTIH . Sebenarnya just sarung je , sebab dekat dalam King Merah pakai baju lain . Yang lain gambar ISMA dengan AZRI , MIRAH dengan YAH , WANIE dengan King Merah dan YAH dengan WANIE .







Gambar first tu King Merah bersama dengan mama King Merah merangkap guru kelas 5 Science iaitu TEACHER NORMALA . Selain itu , IKHRAM dan AMIR turut bergambar dengan mama Mala .







King Merah turut bergambar dengan KAUNSELOR King Merah yang berbaju berwarna hitam tu . King Merah juga bergambar dengan CIKGU BIOLOGY King Merah yang di sebelah atas tu dan King Merah juga bergambar dengan cikgu yang banyak memberi inspirasi kepada King Merah sampai King Merah boleh pergi ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan pidato iaitu CIKGU DIANA . Gambar yang di bahagian bawah .








Bergambar bersama dengan PENGETUA . Gambar di sebelah atas dan di sebelah bawah bergambar dengan MAMA JIE .







Gambar semasa event tersebut berlangsung ada . Tetapi tidak begitu jelas untuk di lihat . Jadi , King Merah tak upload la dalam blog nie . Banyak tu la gambar yang boloeh King Merah kongsikan dekat korang semua . Dah la gabungkan gambar jadi satu . Nak jimatkan ruang . Hehehehe ...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...