Hai semua ... apa khabar ...??? sihat tak ...??? dekat tempat King Ungu nie baru lepas HUJAN ... memang sejuk gila ... boleh tidur nyenyak nie ... hehehehehe ...
Ok hari ini ... King Ungu ingin menceritakan tentang APA ERTI SEORANG SAHABAT ... King Ungu adalah juga tips-tips nya ... tak tahulah korang semua ambil sebagai point penting ... huhuhuhu
1. TOLONG - MENOLONG
Kalaulah korang yang belum memiliki sahabat ... korang carilah sahabat yang boleh menolong korang apabila korang dalam kesusahan ... kenalah cari yang kearah positif ... bukan sebaliknya ok ...
2. PERLAKUAN MESTI BAIK
Apabila seorang sahabat kita meminta atau inginkan pertolongan daripada kita ... janganlah meninggikan suara ataupun membuat tidak tahu ... ini boleh menyebabkan hati sahabat kita akan terguris ... kita mana tahu perasan sahabat kita masa itu ... kalau diperlakukan dengan cara yang tak sepatutnya ...
3. MENGAMBIL BERAT
Kita perlulah mengambil berat tentang sahabat kita ... bukan urusan nak masuk campur ... kita cuma ingin membantu ... so korang kenalah tengok sahabat masing-masing ... kalau dia macam ada masalah ... minta dikongsikan masalah itu ... supaya kita dapat membantunya ...
4. PERCAYA AKAN SAHABAT KITA
Ini amat-amatlah penting ... kita janganlah anggap yang sahabat kita itu seorang yang malang ke ... tak bagus ke ... sebagai contoh ... dia ingin meminjam sesuatu daripada kita ... tapi kita takut barang yang dipinjam olehnya HILANG ... janganlah beranggapan sebegitu ... sahabat kita perlulah beranggapan baik terhadapnya ...
" Sebaik baik sahabat di sisi Allah S.W.T ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah S.W.T ialah orang yang terbaik terhadap jirannya " ( H.R al - Hakim )
Oklah itu sahaja cerita King Ungu pada kali ini ... diharap pembaca semua mendapat input yang berguna dengan cerita King Ungu ini ... kalau King Ungu ada buat salah dan silap ... King Ungu minta maaf ok ... sekian
setuju dengan King Ungu =D
BalasPadamTerima kasih kerana setuju dengan tips yang King Ungu bagi ini ... =)
Padam