Entry King Merah pada minggu ini !

Sabtu, 5 Januari 2013

Akhirnya ! Kembali mengarang ...



 


Sudah sekian lama King Merah tak update di dalam blog nie . Rindu betul King Merah akan blog ini . Dah berapa lama King Merah biarkan blog King Merah tidak di isi dengan cerita - cerita yang berlaku di sekeliling King Merah sendiri .


King Merah bukan tak nak update langsung cerita di dalam blog nie , tetapi King Merah langsung tak ada masa untuk itu . Bukan apa lepas sahaja King Merah tamat menduduki peperiksaan SPM , King Merah terus kerja .


Sampai sekarang masih lagi bekerja . Nak tahu King Merah kerja apa ? Tunggu cerita King Merah di lain rancangan ok . Berbalik pada topik kita yang asal . Hari ini King Merah nak kongsi kepada anda semua , peristiwa - peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2008 hingga 2012 . Nak tahu ? Jom !







Pada tahun 2008 , pertama kali King Merah menjejakkan kaki ke sekolah menengah . Memang bermacam - macam tanggapan negatif daripada positif yang bermain di dalam kotak pemikiran King Merah sendiri . 


Bila badan King Merah sendiri dah masuk ke sekolah menengah , apa yang King Merah anggapkan itu semuanya tidak benar . Memang seronok sangat - sangat waktu usia di tingkatan 1 . King Merah banyak libatkan diri dalam aktiviti di sekolah antaranya Koin dan bersajak .


King Merah ingat lagi kali pertama ustazah King Merah nak mengambil King Merah menjadi peserta SYARAHAN AGAMA tetapi tidak menjadi kerana ustazah King Merah cakap yang King Merah sebutan tidak betul . Macam budak baru pandai bercakap .


King Merah jadikan perkataan - perkataan yang di lontarkan daripada ustazah kepada King Merah sebagai pembakaran semangat supaya tidak mudah berputus asa . Dari tahun 2010 hingga 2012 , King Merah telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut . Alhamdulillah ...








Sepanjang tahun 2009 nie , banyak jugalah peristiwa - peristiwa yang tidak dapat King Merah lupakan . Pada tahun tersebut baru King Merah mendapat SAHABAT yang agak baik tetapi nakal antaranya SYAFIQAH ( EFFI ) , RIDZWAN , ARIF dan AMIRAH


Effi tu memanglah King Merah kenal beliau sejak kecil lagi tetapi 3 lagi tu King Merah kenal waktu sekolah menengah . Kami kalau ada apa - apa yang berlaku mesti berlima .Memang seronok sangat waktu itu .


Pada tahun ini jugalah , buat kali pertama King Merah masuk pertandingan PIDATO peringkat sekolah dan mendapat tempat pertama . Memang agak sukar untuk percaya tetapi nyata bukan palsu .








Pada tahun 2010 , buat kali pertama King Merah dapat menjadi peserta syarahan tersebut dan ustazah bawa King Merah ke peringkat zon dahulu dan sekolah King Merah menjadi tuan rumah bagi pertandingan Majlis Tadarus Al - Quran ( MTQ ) . Pada tahun ini jugalah King Merah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut .


King Merah nampak kegembiraan yang terukir di wajah ustazah King Merah sendiri . Lagipun King Merah baru pertama kali memasuki pertandingan tersebut . Pada tahun 2010 juga , King Merah merupakan calon bagi peperiksaan PMR .








2011 King Merah dapat masuk ke kelas aliran yang King Merah idam - idamkan iaitu kelas ALIRAN SAINS TULEN . Memang King Merah bersyukur sangat - sangat . Bila dah masuk dalam tu , ingatkan subjek dia senang . Tetapi susah . Biasalah subjek baru nak kenal memang agak sukar sedikit .


Memang bermacam - macam ragam kami pada tahun 2011 . Yang paling best sekali pergi bercuti dengan kawan sekelas King Merah bersama - sama dengan guru kelas King Merah iaitu TEACHER NORMALA . King Merah memang seronok sangat - sangat . Bilalah dapat keluar macam dulu - dulu lagi ye .








2012 , azam King Merah sudah tercapai . Nak tahu azam apa ? Azam King Merah pada tahun 2012 ialah membawa nama sekolah King Merah ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan pidato dan akhirnya tercapai jua . King Merah memang berasa bangga dan bersyukur kerana azam dan impian King Merah selama ini akhirnya tercapai .


Mana taknya kan . Apa yang kita azam lepas itu tercapai . Mesti berasa gembira bukan ? Bila dekat peringkat kebangsaan dahulu , memang rasa tak nak balik dah . Sebabnya seronok berkawan dengan kawan - kawan yang datang dari pelbagai negeri .



2013 bagaimana pula ? King Merah berharap pada tahun 2013 lebih baik daripada tahun - tahun sebelumnya . Amin ~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...