Entry King Merah pada minggu ini !

Selasa, 8 Januari 2013

Hari Pertama menjadi Casher


Siapa yang tengah membaca entry King Merah kali ini pernah jadi CASHER ? Apa perasaan anda bila CUSTOMER macam marah - marah pun ada , macam apa lagi . Apa - apa jela , yang boleh membuatkan korang hilang sabar ?


Apa yang King Merah sebut ini semuanya berlaku dekat King Merah . Salah satunya , hari pertama jadi casher dah kena marah - marah dengan customer . Biasalah CUSTOMER ALWAYS RIGHT . Nak buat macam mana kan . Kita terima dan redha je la kena marah depan customer lain .


Sampai satu tahap customer lain macam percaya atau tak je barang yang kita bagi tu . Dalam entry yang lepas , pernah King Merah menyoal tentang kerja apa yang King Merah tengah lakukan sekarang . Betul tak ? 


Ok Hari ini King Merah bagitahu ya . Sebenarnya King Merah bekerja di KFC . Tempat di mana King Merah selalu lepak - lepak dengan kawan - kawan King Merah sewaktu di bangku sekolah lagi . King Merah pada mulanya jadi CSC " bagi yang pernah kerja KFC dia tahu la " , tak lama lepas tu King Merah di tukarkan menjadi casher .


Bila dengar berita yang King Merah nak jadi casher , memang terasa amatlah seronoknya . Time rehat , dah siap makan terus pergi belajar ilmu nak menjadi casher . Biasalah dah nak jadi casher . Mestilah menuntut ilmu dia kan . Betul tak ?












Tibalah hari pertama King Merah menjadi casher . Berdebar tu memanglah ada , walaupun dah banyak kali berhadap dengan orang ramai . Tapi debar kali nie memang debar dia lain macam sikit . Tidak boleh di ungkap dengan kata - kata .


Customer yang King Merah kendalikan adalah seorang lelaki . Rupa paras bolehlah tahan , tetapi pernah sekali King Merah buat salah sikit je , dia dah start marah - marah . Dah la hari pertama pula tu . Jadi cuaklah King Merah .


Bila dah kena macam tu , terus mood nak jadi seorang casher terus hilang . Memang hilang sungguhlah . Bila customer seterusnya sampai malam , memang King Merah asyik kena marah je , sebabnya apa yang diaorang order tak dapat .


Kalaulah dekat baju King Merah tu ada tulis perkataan " SAYA BUDAK BARU BELAJAR " mesti diaorang akan faham . Tetapi memang hari pertama tu memang teras sangat - sangat mood nak kerja tu hilang . 


Dalam minggu tu , King Merah malasnya la nak kerja . Sampai satu tahap King Merah suruh manager King Merah tukarkan balik ke tempat kerja King Merah sebagai CSC dahulu . Tetapi manager King Merah suruh jadi sahaja casher . Akak casher semua tak nak King Merah tukar jadi CSC . Diaorang lebih suka King Merah jadi casher .


Tetapi sekarang King Merah dah semakin ok menjadi casher nie . Dah tiada perasaan takut di dalam diri . Kalau King Merah kena marah sekali pun dengan customer , King Merah mampu menlemparkan dengan senyuman sahaja . 


Hari esok dekat bahagian casher akan terima budak baru lelaki pula tu . Memang beruntunglah King Merah . Sebabnya ada juga lelaki yang jadi casher selepas King Merah . Ada geng . Faham - faham je la , selalunya bab casher - casher nie selalunya perempuan . Tetapi ada juga lelaki , tak la ramai sangat King Merah tengok .


Doakan semoga King Merah tetap SUCCESS dalam kerja yang King Merah tengah jalani ini . 



4 ulasan:

  1. Pernah jd cashier tp kat Popular bookstore je. Kena marah tu dah lali, tp seb bek boleh kawal lagi perasaan kalau tak, memang MD curse je customer tu..hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha ... tahu tak apa . Diaorang ingat kita nie tiada perasaan ke ? Ingat robot apa .

      Padam
  2. Cashier la... hehe... sy pun pnh jd cashier. setahun lbh sblm kje gov. mmg best kje tu nk2 b'hdpn ngn org rmai. kne mrh tu hal kecik... menguji kesbrn kte sbnrnye... =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...