Entry King Merah pada minggu ini !

Selasa, 16 Oktober 2012

Photoshoot Again


Akhirnya dapat juga King Merah bercerita di dalam blog nie . Di sebabkan semalam King Merah terlalu sibuk dengan study , sampai terlupa nak update cerita dalam blog King Merah ini . Hari ini King Merah akan  bercerita tentang aktiviti yang King Merah sertai iaitu PHOTOSHOOT .


Siapa ada baca status King Merah di fanpage ? Ha korang tak baca ? Kenapa tak baca ? Ok King Merah bagi masa 1 minit untuk korang baca status King Merah di bawah ini .

" Penatnya hari ini . Tadi baru sahaja habis photoshoot . Tapi tak tahu lagi gambar tersebut di jadikan HEADER ataupun tidak . Walaupun simple , tetapi memang best . Nak tahu bertemakan apa photoshoot tersebut ? Tunggu entry malam ini ok ^_^V ... "


Dah habis baca ? Ok di sini King Merah akan ambil point untuk buat persoalan bagi entry pada malam yang nyaman lagikan segar ini .


1. Gambar Photoshoot nak dijadikan HEADER ke ?
Sebenarnya , King Merah tak berapa nak pasti lagi sama ada nak jadikan gambar photoshoot semalam sebagai Header ataupun tidak . Mungkin ya , mungkin tidak . Tetapi , ada gambar yang King Merah suka sangat - sangat dan sesuai untuk dijadikan Header blog kali ini . Tapi , King Merah dah malas nak Header . Nak buat Header blog pun , kenalah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi . Baru boleh hasil Header yang cantik , kemas , dan berkualiti .



2. Gambar Photoshoot tu nampak SIMPLE ke ?
Gambar yang ditangkap oleh photographer King Merah iaitu GHAUS , tidaklah terlalu simple tetapi kualiti gambar boleh dikatakan memuaskan . Walaupun korang tengok gambar tersebut nampak simple , bagi King Merah kualiti gambar amatlah penting .



3. Nak tahu tema bagi Photoshoot semalam ?
Siapa nak tahu tema apa photoshoot semalam , angkat tangan ? Ok temanya adalah ALAM SEKITAR . Nanti bila korang tengok gambar yang di tangkap oleh kawan King Merah iaitu GHAUS , korang akan perasan latar belakang gambar tersebut bertemakan Alam Sekitar . Jom tengok gambar tersebut ...






Ini kawan King Merah iaitu IKHRAM .







Ini giliran King Merah pula yang photoshoot .







Giliran Ikhram lagi .







Ini pula King Merah bergambar dengan Ikhram .






Ada gambar yang King Merah tak sempat nak upload . Sebabnya nak tunggu laoding dia lama . Dah la King Merah tak berapa sihat hari ini . Tetapi King Merah sanggup update cerita untuk korang sebabnya dah cakap semalam nak update cerita . So , sekarang bolehlah King Merah berehat . 


Sebelum King Merah terlupa , King Merah ingin mengucapkan terima kasih dekat photographer King Merah iaitu Ghaus . Dia tidak pernah kering idea untuk mengayakan pelbagai posing kepada King Merah dan Ikhram .


Lokasi Photoshoot : Di dalam Hutan 

4 ulasan:

  1. bole la jd model nanti...dah dekat dah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahahahaha ... jadi model ? kalau kerja sambilan boleh la . Hehehehehe ... nak dekat SPM ke ?

      Padam
  2. smart la king merah pose..
    suke tgk :) btw bila king biru tukar jadi merah ni?
    dah macam power rangers dah men tukar2 kaler..
    heee~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank akak ... kembang hidung saya . Dah lama tukar warna merah nie , cuma akak je xperasan . Hehehehehe ...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...