Entry King Merah pada minggu ini !

Sabtu, 20 Oktober 2012

Ragam Kami bergambar di Hadapan Tab !


Aduh penatnya . Nie pun tengah barsantai di atas sofa yang empuk . Tunggu masa je nak terlelap . Korang nak tahu apa yang membuatkan King Merah penat sangat pada hari ini ? Bacalah entry ini sampai habis . Janganlah malas - malas .


Ok cerita ini bermula di sekolah . Pagi tadi King Merah ada kelas tambahan iaitu Matematik Tambahan . Dari pukul 9 pagi hinggalah pukul 11 pagi . Bila tamat sahaja kelas tambahan tersebut , King Merah mengajak bestfriend King Merah iaitu ISMA , AMIRAH dan AZRI untuk berjalan - jalan di bandar .


Tempat yang kami pergi dahulu adalah gedung pakaian dan peralatan rumah . Pergilah ngusha apa yang ada dekat situ . Sebenarnya dah banyak kali dah masuk dalam gedung tersebut . Azri ada bawa TAB dia . So , habis sudut kitaorang posing dalam gedung tersebut . Memang seronok sangat - sangat . Jom tengok gambar tersebut .






Ini gambar pertama .







Tengoklah kami . 4 Sahabat ber - posing di depan TAB .







Ini bukan nak promosi bantal tu ye . Just nak buat demo je .






Dah puas posing di dalm gedung tersebut sampai orang dalam gedung tu juga pandang pelik dekat kiteorang . Kitaorang pun keluarlah dari gedung tu nak pergi makan . Lapar sangat time tu . Tetapi sempat lagi pergi ke kedai lain dan posing di kedai tersebut .






Gambar King Merah , AZRI dan ISMA .






Ada satu je gambar tersebut . Walaupun tengah lapar , tetapi masih lagi boleh bertahan untuk pergi ke kedai lain . Masuk sahaja cari sudut untuk ber - posing di hadapan kamera . Nasib baiklah kedai nie berhadapan dengan KFC . Bolehlah makan di sana .







Ini time dekat KFC . Ada pula yang masuk dalam gambar kitaorang . Hehehehe ...






Cerita ini tak habis di sini ok . Bila kitaorang dah berjam - jam duduk di dalam KFC tu dan makanan yang kitaorang beli pun dah habis di makan oleh kami semua . King Merah mengajak bestfriend King Merah untuk pergi ke setiap kedai handphone . Sebab King Merah nak beli handphone baru . Nak tahu Handphone apa ? Tunggu ...


Inilah aktiviti sepanjang hari ini . Memang seronok dan enjoy sangat - sangat . Walaupun SPM makin hampir , masih boleh lagi untuk keluar macam biasa . Boleh rehatkan minda . Bukan nak menghadap buku 24 jam kan . Sekali - sekala pergilah mana untuk rehatkan minda .




2 ulasan:

  1. All the best for the coming SPM ^^ tak apa sekali sekala rehatkan minda

    hello from the land below the wind :) http://www.klaraparis.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...