Entry King Merah pada minggu ini !

Sabtu, 29 September 2012

Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan Part 3


Dah lama King Biru tak buat sambungan cerita daripada Part 2 dulu . Sekarang King Biru akan menyambung cerita tersebut di dalam Part 3 pula ya . Part 3 ini akan mengisahkan tentang PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR .


Malam sebelum pertandingan tu , peserta yang layak ke peringkat akhir kena cabut undi untuk menentukan peserta ke berapa . Apabila nama King Biru di sebut , King Biru terus ke atas pentas di dewan makan tersebut . Acara tersebut berlangsung semasa semua tengah makan malam .


Bila King Biru cabut undi , King Biru dapat peserta yang PERTAMA . Punyalah terkejutnya masa tu . Malam tu memang bedebar sangat - sangat . Pada keesokan harinya pula . King Biru terbangun lewat " tolong faham dengan perkataan " ter " ye " dah la masa tu King Biru peserta pertama .


Punyalah bedebarnya . Rasa nak pengsan . Pergi makan pagi memang hilang terus selera makan . Cikgu King Biru suruh King Biru makan supaya ada tenaga bila berada di atas pentas nanti . King Biru cuma minum secawan TEH sahaja . Tak nak makan .
 
 
Bila dah tiba giliran King Biru untuk memyampaikan pidato tu , hati memang terasa bederbar yang tahap maksimum dah masa tu . Dengan perut lapar masa tu , memang rasa nak PENGSAN je atas pentas tu . Tetapi kita perlulah cover bukan . Jangan tunjuk sangat gementar tu .
 
 
Bila sampai masa juri nak menguji tahap kefahaman kita tentang tajuk yang kitaorang pilih tu . King Biru paling bedebar dengan SOALAN SPONTAN tu .  Tetapi King Biru jawab je . Dah tak kira dah betul ataupun salah . 







Bergambar sebelum pertandingan . King Biru bergambar dengan rakan seperjuangan King Biru yang berentap di peringkat akhir . Yang GIRL tu wakil dari PERAK . Yang BOY tu wakil dari SELANGOR .







 Inilah King Biru . Bertanding di peringkat akhir .







Pemidato yang pergi ke peringkat akhir . Ini masa keluar pergi rehat . Ada kamera depan kitaorang terus posing . Hehehehe ...







Sebelum pergi keluar rehat tadi , 10 finalis Pidato kena pegang bendera Malaysia dan PNB . Tu yang kena buat raptai sekejap tu . 








Gelagak kami semasa menunggu keputusan keluar .








Inilah hasilnya . Sebenarnya kitaorang kena sambut VIP yang datang ke dalam majlis nie . Lepas itu barulah nyanyi Lagu Negaraku .







Walaupun kami tak menang cuma dapat saguhati . Tetapi bila bergambar memang posing habis . Inilah kenangan yang sukar untuk di lupa .







Bergambar dengan akak - akak PNB .








 Time nak keluar makan di kawasan luar Hotel yang kitaorang menginap .







Sebelum nak keluar sempat lagi untuk bergambar .








Tengah makan pun sempat lagi bergambar . Kalau korang perasan , dekat tempat King Biru tu ada dua gelas . Sebenarnya itu merupakan minuman King Biru . Di sebabkan terlalu dahaga . Jadi terpaksalah order dua jenis minuman .







Banyak kenangan semasa King Biru berada di sana . Semuanya sporting - sporting belaka . Biasalah hari pertama dulu malu - malu kucing " kucing juga di sebut " . Bila dah lama kenal dan dah tahu perangai masing - masing tu yang jadi rapat tu . 


Walaupun tak menang , King Biru memang bersyukur sangat - sangat dapat pergi ke peringkat kebangsaan dan dapat pula pergi ke pentas akhir . Semasa di peringkat separuh akhir , ada 30 peserta dan juri pilih 10 peserta untuk ke pentas akhir .


Ini merupakan kenangan yang memang sukar untuk King Biru lupakan . Ini juga merupakan kali PERTAMA King Biru menjejakikan kaki ke peringkat kebangsaan . Memang seronok . Seronok sangat - sangat .




9 ulasan:

  1. one day,, muja nak join public speaking,, insya ALLAH,, doakan muja jugak ye :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow ... public speaking ... taniah - taniah ... Insya-Allah King Biru akan doakan kejayaan muja ... =) nasihat King Biru jangan fikir nak menang ... fikir nak bagi orang faham apa yang kita sampaikan tu ye ... GOOD LUCK MUJA

      Padam
  2. geng2 petah berkata2 ni kan...heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahahahahaha ... petah la sikit ... hehehehehe =)

      Padam
  3. ok try and error eh..
    by the way,tahniah sbb ke paringkat akhir :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...