Entry King Merah pada minggu ini !

Selasa, 21 Ogos 2012

Kemeriahan Di Hari Raya


Sedar tak sedar , kita dah masuk ke 3 SYAWAL . Macam sedih je kan bulan syawal nak melabuhkan tirainya . Tapi kalau BULAN RAMDHAN , rasa lambatnya nak RAYA . Fitrah manusia katakan . King Biru nak tanya , macam mana dengan sambutan hari raya korang pada tahun ini ?


Kalau King Biru , sambutannya simple je . Tak pergi mana - mana pun . Just semalam keluar dengan mak dan keluarga abang long King Biru pergi beraya dekat rumah kawan - kawan mak King Biru . Tapi serius , King Biru kalau tak ada sepupu King Biru seorang tu balik . Memang raya bagi King Biru memang membosankan .


Satu soalan King Biru nak ajukan nie . Berapa banyak korang dapat DUIT RAYA ? Kalau dapat baguslah . Walaupun tahun nie King Biru dapat sikit je , tetapi King Biru tetap bersyukur kerana di usia macam nie masih lagi dapat duit raya . Teringat zaman waktu kecil dahulu . Best - nya time tu . 


Pergi rumah orang nak pergi kutip duit . Siap berlawan lagi . Siapa yang dapat duit raya yang paling banyak , dialah yang MENANG . Memang best betul . Sampai kekenyangan tahap tak tahan dah tu . Rasa macam nak meletup je perut . Hehehehe ...


Sehari sebelum kita menyambut bulan syawal . King Biru bersama - sama dengan PAK SAUDARA King Biru , kitaorang pergi BAKAR LEMANG . Orang panggil bakar lemang ke masak lemang ? Kalau King Biru panggil bakar lemang . Takut ada nama lain pula . Memang best jugalah dapat bekerja sama . Macam " aur dengan tebing " katakan .


Sampai je petang , King Biru pergilah berehat . Sambunglah dengan orang lain pula . Memang sampai terlena sekejap . Sedar - sedar dah petang . Terkezut orang King Biru di buatnya . Sekarang King Biru nak tunjuk gambar yang King Biru sempat snap .





Pada mulanya , just bakar 7 batang lemang je . Mak long suruh tambah lagi . Di sebabkan ada beberapa lemang lebih . Tu yang kena bakar lagi tu .






Ha yang ini , anak saudara King Biru . Comel tak ?






Ini pula ialah KAD RAYA yang King Biru dapat pada tahun ini . Kad yang berwarna PINK tu , King Biru menang GiveAway by Ika Tikah . Yang warna BIRU tu pula daripada sahabat King Biru yang nun jauh di sana . Hehehehe ... Thank 






Ini SEPUPU King Biru . King Biru selalu buli dia kalau dia balik ke kampung . Bukan buli minta tu minta ini . Just main PIPI dia je . 






Ini bukan gambar yang King Biru snap ye . Bila dah menisytiharkan bahawa esok rayanya tu . Apa lagi budak - budak di kampung King Biru start la main BUNGA API macam dalam gambar tu . Bukannya sekejap , lama sampai 1 pagi tak berhenti lagi . Banyak betul bunga api diaorang ye .






Kuih dan muih . Beraneka macam . Makanlah jangan hanya di pandang . Jemput makan .






Itulah antara KEMERIAHAN DI HARI RAYA yang dapat King Biru kongsikan kepada pembaca - pembaca King Biru . Semoga hari raya tahun nie memberi makna kepada anda semua .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...