Entry King Merah pada minggu ini !

Rabu, 8 Ogos 2012

Sahabat Sejati , Sehidup Semati


Pejam celik , pejam celik , pejam celik " jangan pejam celik lepas tu tak celik - celik dah ( gurau je ) " Kita dah nak sampai Ramadhan ke - 19 . Esok dan masuk Ramadhan ke - 20 dan start la 10 malam terakhir yang mempunyai malam yang melipat kali ganda iaitu LAILATUL QADAR .


King Biru mengharap sangat - sangat dapat Lailatul Qadar nie . Pahala dia menyamai 1000 bulan iaitu 83 tahun . Tetapi hari ini King Biru bukan nak bercerita tentang FADHILAT RAMADHAN ataupun FADHILAT QADAR tetapi berkenaan dengan SAHABAT SEJATI .


Nak cari sahabat sejati nie bukannya perkara yang SENANG ye . Tersalah memilih sahabat , terjunamlah ke lembah kemaksiatan . Kita kena tengok cara dia dan apa yang sepatutnya ada pada seorang sahabat sejati tu .


King Biru tahu , semua orang mesti memiliki sahabat sejati bukan ? Sedangkan King Biru pun ada . Alhamdulillah , kami masih lagi berhubung antara satu sama lain walaupun sering kali bergaduh . Bukan bergaduh tumbuk menumbuk tu ye .


King Biru memang bersyukur sangat dapat sahabat sejati macam diaorang . Tetapi satu je King Biru takut , sekarang King Biru bersama dengan sahabat King Biru akan menduduki Peperiksaan SPM . After SPM King Biru takut tak dapat berhubung macam di sekolah dan di dalam kelas seperti selalu .


Itu yang membuatkan King Biru berasa takut . Biasalah after sahaja exam SPM semua bawa haluan masing - masing . Tetapi King Biru mengharap sangat - sangat persahabatan King Biru dengan sahabat - sahabat King Biru tidak berpecah seperti mana kami semua berpecah mengikuti haluan masing - masing .


King Biru tertarik dengan perkataan ini :

" Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan ,
Mendahulukan atas nama kebajikan , Menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran ,
Menegur kelemahanmu atas nama kebaikan ,
Memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan ,
Ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & SAHABAT SEJATI yang sukar di cari ganti ... "



Itulah ayat yang membuatkan King Biru menitiskan air mata bila teringat ragam sahabat - sahabat King Biru yang suatu hari nanti akan berpisah . Memang rasa sedih yang teramat sangat . 


Bila sampai masanya kami melangkah alam pekerjaan , mesti King Biru akan teringat akan gurauan sahabat - sahabat King Biru semasa di bangku sekolah menengah dahulu .


Jadi kepada yang memiliki sahabat tu , King Biru ingin berpesan bahawa jangalah sahabat anda semua , jangan berpecah belah . Hargailah sahabat - sahabat anda .












TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati . Dalam 2 hati diberikan 3 rasa iaitu SAYANG , KASIH dan KASIHAN . Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan iaitu BERKENALAN , BERTEMAN , BERKAWAN dan BERSAMA .


Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan iaitu TEMAN BAIK SELALU DI SISI . Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu SAYANG , KEKAL , SETIA , MENGERTI MENGHARGAI dan MENGINGATI


Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :

SAHABAT



2 ulasan:

  1. selamat pagi,, blogwalking,, nice post.. sahabat sejati memang mesti sehidup semati,..
    visit back ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat petang ... hehehehe ... Thank you =) ... betul betul betul ... =)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...